17,148,870 total views, 174 views today

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak
Cuti baru-baru ini, Bro tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Tanjung Malim, Perak yakni kampung sebelah keluarga Bro.

Malangnya hanya orang tua Bro sahaja yang ada. Adik beradik ada urusan mereka masing-masing. Maka dikesempatan ini, Bro bawak keluarga yang ada pergi menjamu selera di Cafe LampuNeon yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Bro sebenarnya baru tahu kewujudan cafe ini melalui instagram LampuNeon Cafe.

Lokasinya agak tersorok sikit dari jalan utama.

Tetapi bersebelahan dengan gelangang futsal/badminton. So pepaham je la, lepas main futsal/badminton – Cafe LampuNeon menjadi lokasi yang dituju.

Menu Yang Ditawarkan di Cafe LampuNeon

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Hidangan utama disini lebih kepada western dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga hidangan cafe sekitar Kuala Lumpur. Kenapa perlu ke Kuala Lumpur sekiranya anda ingin menikmatinya di Tanjung Malim (khas untuk warga Tanjung Malim).

Menu hidangan juga menarik dan unik.

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Selain Western, terdapat juga menu Asian Dish bagi mereka yang tidak dapat menerima masakan barat ini.

Insya’lah next time Bro datang ke sini, nak perkena Asian Dish pula. Terutamanya Nasi Goreng Ikan Pekasam.

Dengar nama sahaja, dah rasa berselera sesangat. Itu belum lagi bila menikmatinya. Ikan Pekasam ada auranya yang tersendiri, mampu buat sesetengah orang meleleh air liur.

Antara hidangan yang kami order.

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Bro dan kedua ibubapa Bro perkena Chicken Chop yang berharga RM10.00.

Dihidangkan atas plat panas…. Macam makan Sizzling Mee la pulak. Berasap…….!!!!

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Manakala puan isteri pula, order Fish & Chips pada harga RM11.00

Pemilik Cafe LampuNeon, Tanjung Malim

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak
Ini gambar Bro bersama pemilik Cafe LampuNeon, Tanjung Malim – Brader Gee @ Shamsul

Menurut beliau, cafe ini baru sahaja buka 6-7 bulan dahulu. Beliau tiada pengalaman dalam perniagaan kedai makan ini tetapi suka mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidupnya.

Maka dia buka cafe ini bersebelahan butik pengantin milik isterinya.

Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

Sebelum ini, beliau banyak terlibat dengan perniagaan import t-shirt premium / esklusif yang mempunyai tanda tangan dari selebriti luar negara untuk dijual dalam pasaran Malaysia.

Beliau juga pernah menaja pakaian untuk filem arahan Mamat Khalid

Koleksi Tshirt Import Bertanda Tangan Artis Antarabangsa

Antara t-shirt yang dipamerkan sebagai hiasan pada kaunter di Cafe LampuNeon Tanjung Malim.

Kalau berminat, boleh order dengan beliau.

Metal Cafe LampuNeon Tanjung Malim

Disebabkan minat pemiliknya, menyebabkan Cafe LampuNeon Tanjung Malim lebih dikenali sebagai Metal Cafe oleh pelangan yang datang.

Dinding Cafe ini dicat dengan warna hitam.

Siap diletak sekali beberapa poster yang berharga beratus ringit pada dindingnya. Sambil menikmati makanan, boleh cuci mata dengan poster yang ada ataupun dengan pelanggan yang datang he…23x

Bro Framestone Review Cafe LampuNeon Tanjung Malim

Jika tiada aral, Insya’lah Bro akan datang lagi ke sini.

Korang kalau nak datang, owner dia amat alu-alukan asalkan jangan datang pada hari Sabtu! Kedai TUTUP

Cafe LampuNeon
Lot 8138, Jalan Ketoyong. Tg Malim

Tel : +6012 3630245
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (11 pagi – 12 tengah malam), Ahad (11 pagi – 6 petang)
& Sabtu TUTUP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Cafe LampuNeon Tanjung Malim, Perak

  1. Wau ! style lah lu bro..sia tayang buissnes card blogger lagi tue..,macam sedap jer makanan tu,apasal bro tak belanja gua sekali,dapat gua pakai pintu doraemon gi jumpa bro..ngeh ngeh ngeh

  2. memang unik sikit cara pilihan menu tu dibuat…harga pun agak murah sikit la…

    P.S – haiihh, malam-malam ni terasa lapar pula bila tengok chicken chop ni…adehh…

  3. sedap chicken chop tu bro..belanja sikit boleh..hahaha

    1. lagi-lagi kalau tengah lapar kan..memang nampak sedap…haha

  4. best ekk… tapi sabtu tutup.. erm, boleh jugak nak try nanti..

  5. Assalamualaikum bro! Haha! Lama tak datang bom blog ni.. Amboi, nyum2 nyer makan.. Tak pernah dengar lagi pasal cafe ni.. Nanti boleh try cari kalau nak blk Ipoh.. Otw kan.. ^_^
    RosmizaAliDotComâ„¢

  6. best ke kedai makan tu bro …….

  7. Fuh .. nampak sedap tu …. aku suka tang menu dia tu .. nampak serius klasik … mau tukang ambik order tunggu lama tu .. haha .. sbb pelanggan sure akan belek kagum dengan menu.

  8. Harga chicken chop tu murah ler…mesti sedap…

  9. Wow chicken chop kuahnya yang tangkap leleh. 🙂

  10. Fuhh… selera tengok.. menarik ni. Mmg boleh pergi ni nanti..

  11. menarik menu dia. siap ada yg kawen2 lagi…

  12. harga berpatutan. dannnnnnnn makanan tue nampak menyelerakan. errr… lapar pula.

  13. Kalau tengok menu tu, harganya taklaa mahal. Jadi mesti berbaloi2 kan..

Leave a Comment