Jejaka Arnab Gadis Arnab
Bro akui zaman sekarang, ramai yang suka abadikan gambar dan kenangan di laman sosial seperti Facebook, Instagram, flickr dan lain-lain.

Mungkin bagi anda, zaman sekarang macam tak valid untuk setiap gambar yang mempunyai kenangan untuk dicetakan atas kertas gambar.

Kecuali jika anda menggunakan kamera polaroid.

Bro juga tidak terkecuali. Hanya harapkan gambar perkahwinan sahaja dicetak dan dijadikan album gambar untuk tatapan kami suami isteri, bila terkenang kenangan lama.

Bagaimana pula dengan kenangan-kenangan yang lain?

Top Blogger Malaysia Selfie

Tipu jika anda katakana jika ada kenangan lain yang anda abadikan walaupun hanya sekeping sahaja dari smartphone anda.

Sebab kita sendiri jarang cetak gambar sendiri yang diambil menggunakan smartphone.

Mungkin sebab anda tidak mempunyai printer yang boleh mencetak gambar ataupun anda sendiri malas/malu nak pergi ke kedai gambar untuk mencetak gambar dari smartphone anda.

Apa-apa pun, disini Bro ada jawapan dan penyelesaian bagi permasalahan yang anda hadapi :)

Canon PIXMA MG7570

Unboxing Canon PIXMA MG7570

Apa sebenanrnya Canon PIXMA MG7570 ini?

Canon PIXMA MG7570 merupakan Printer All-in-One (Mesin Pencetak Semua dalam Satu) merupakan model terbaru dari Canon yang hadir dengan fungsi inovasi terkini NFC.
NFC?

Teknologi NFC – Near Field Communication membolehkan anda mencetak gambar dengan hanya menyentuh telefon anda kepada printer.

Selepas ini,

Anda tidak boleh mempunyai apa-apa alasan untuk tidak mencetak kenangan dari telefon anda sekiranya anda sendiri boleh mencetaknya di rumah menggunakan Canon PIXMA MG7570.

Anda boleh memiliki Canon PIXMA MG7570 pada harga RM618 atau sertai peraduan mudah dibawah sekali.

Ciri-Ciri Yang Terdapat Pada Canon PIXMA MG7570

Printer Canon PIXMA MG7570

Canon PIXMA MG7570 didatangkan dengan 3 jenis warna pilihan :- Hitam, Putih dan Jingga (Orange).

Terdapat skrin panel sesentuh bersaiz 3.5” untuk memudahkan anda membuat tetapan pada printer dengan sokongan NFC bagi PIXMA Printing Solution.

Anda boleh menggunakan Canon PIXMA MG7570 dengan menghubungkan smartphone anda dengan printer secara wireless.

Anda tidak memerlukan wireless router dimana ianya sudah tersedia build-in dengan printer Canon PIXMA MG7570. Hanya perlu buat tetapan dari printer kemudian hubungkan smartphone anda dengan printer ini.

Wallaaaaaa…..!!!

Anda sudah boleh mencetak gambar dari smartphone anda terus ke printer.

Temubual bersama Top Blogger Malaysia

Disini, Bro ingin kongsikan video temubual beberapa blogger tentang kenangan indah yang mereka tidak dapat lupakan.

Sila abaikan saiz Bro dalam video ini.

Sila tonton video ini, mana tahu ianya mampu buat anda teringat kenangan-kenangan indah yang anda pernah ada. Mungkin ianya membantu anda menjawab soalan dibawah dan memenangi Canon PIXMA MG7570.

PIXMA Printing Corner

Antara kenangan kami bersama Canon PIXMA diabadikan pada PIXMA Printing Corner ini.

Mungkin anda juga boleh buat begini juga di rumah anda. Abadikan kenangan yang anda ada, jangan bila tengok smartphone baru teringat. Itupun kalau kenangan itu tak terdelete dari smartphone anda.

Gambar Baby Fisha yang sempat Bro printer dari smartphone.

Tak banyak gambar yang Bro simpan dalam handphone. Kebanyakannya sudah ditransfer ke laptop. Selepas ini, hanya perlu edit gambar di laptop kemudian print terus ke Canon PIXMA MG7570 ini.

Printer ini boleh berhubung dengan 5 peranti dalam satu-satu masa.

Giveaway Canon PIXMA MG7570

Anda ingin memiliki Canon PIXMA MG7570? Jom sertai “Giveaway Canon PIXMA MG7570” dimana anda akan menangi sebuah printer Canon PIXMA MG7570.

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah dibawah sebelum 24 Disember 2014 pukul 12 tengahari. Bagaimanapun pemenang bukan Bro yang pilih, tetapi oleh pihak Canon Malaysia.

Soalannya berbunyi begini :-

  1. Sila nyatakan Canon MG7570 AIO photo printer didatangkan dengan warna apa?
  2. Apakah fungsi terkini NFC yang terdapat pada Canon MG7570 AIO photo printer?
  3. Nyatakan memori/kenangan terindah anda bagi tahun 2014 yang paling anda hargai dan ingin dicetak menggunakan MG7570 sebagai kenang-kenangan?

Blogger Printer Canon PIXMA MG7570