March 29, 2024

10 Sebab Kenapa Wanita Memilih Untuk Membujang

10 Punca Wanita Pilih Hidup Bujang
Zaman sekarang, dapat dilihat majority lelaki ramai yang kahwin lambat.

Tapi perkara begini macam perkara normal sahaja, sebab ramai lelaki masa kini susah nak bagi komitment dalam masa yang sama belum bersedia untuk berumah tangga. This post is sponsored by beautisdom.com

Bila lelaki lambat merancang untuk tamatkan zaman bujang, ianya memberi kesan kepada golongan wanita bujang untuk tamatkan zaman bujang mereka.

Tak kan la nak kahwin sesama perempuan kan he…23x

Wanita lagi tertekan bila orang tanya, “awak kat mana, awak awak kat mana?” eh salah soalan…. “Bila nak kahwin, bila bila nak kahwin?” Lagi-lagi soalan itu diajukan oleh keluarga dan saudara terdekat.

Dan soalan itu pula ditanya time raya.

Hilang terus mood nak beraya.

10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang

10 Punca Wanita Hidup Membujang

Sebelum anda mengetahui “10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang” apa kata anda “10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang”.

Mengikut pergaulan Dr.Tuah Iskandar al Haj dengan golongan ini, terdapat beberapa sebab mengapa lelaki memilih untuk membujang.

  1. Memang tiada nafsu pada wanita
  2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih
  3. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya
  4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin
  5. Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti
  6. Tidak mempercayai golongan wanita
  7. Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri
  8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya
  9. Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya
  10. Mengikut pihak lain. Misalnya “sebab engkau tidak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.”

Yang mana satu kateria yang menyebabkan anda (bagi lelaki sahaja) rela membujang?

Kredit Sumber : Zaza Iman – 10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang.

10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang

10 Punca Wanita Tidak Percaya Pada Lelaki

Disini, Bro ingin kongsikan “10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang” berdasarkan pengalaman dan perkongsian golongan ini dengan Bro.

Penafian : Perkara ini agak umum dan bukan ditujukan kepada mana-mana individu yang rapat dengan Bro.

  1. Memang tiada nafsu pada lelaki
  2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih
  3. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kecurangan ayah terhadap ibunya
  4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin
  5. Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti
  6. Tidak mempercayai golongan lelaki
  7. Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri
  8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya
  9. Takut tidak boleh perform sebagai isteri dan takut tidak dapat melahirkan zuriat untuk si suami atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya
  10. Terlalu ikut kawan baik. Kawan benci lelaki, dia pun benci lelaki. Kawan tak kahwin, dia pun tak nak kahwin. Paling haru, kawan tertiba kahwin, Dia pula tiada sesiapa nak kahwin dengan dia he…23x

Kenapa lebih kurang sama je “10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang” dengan “10 Sebab Wanita Memilih Untuk Membujang”.

Seperti Bro kata tadi,

Kalau bukan sebab lelaki memilih membujang, tak kan wanita akan membujang. Lagipun ini umum dan Bro tidak boleh spesifikan takut mendatangkan aib kepada mana-mana rakan-rakan yang rapat dengan Bro.

Bicara Bro : Bila satu pasangan itu nak menamatkan zaman bujang mereka, tetapi tidak mampu. Keluarga pula tidak merestui dan memudahkan niat murni mereka.

Paling tak boleh blah, bila kedua-dua keluarga berjumpa untuk berbincang. Jawapan ini “Kau ingat anak aku ini apa” yang diterima. Tak meraung ke si anak tadi, sambil dalam hati kata, “Extend lagi status bujang aku ini”

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “10 Sebab Kenapa Wanita Memilih Untuk Membujang

  1. Lebih kurang sama jer sebab lelaki dan perempuan membujang… Syukur Alhamdulillah sebab saya dah pun berkahwin…

    Salah satu faktor lagi mungkin disebabkan hantaran kahwin mahal… maklumlah zaman sekarang ni kalau tak ada duit sekurang-kurangnya RM15K, memang susahlah nak kahwin…

  2. Salam bro. Terpanggil pulak utk komen kat entri ni.

    Sebenarnya… bagi gB kan… tiada istilah ‘memilih untuk membujang’. Berkahwin atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada apa yang Allag dah tulis di Luh Mahfuz lagi.

    ‘Alasan’ dicipta untuk disesuaikan dengan takdir. Sebagai seorang yang juga belum kahwin… bila orang tanya kenapa tak kawin lagi… jawapan paling tepat adalag kerana jodoh belum sampai. Tapi manusia tak suka jawapan tu. Mereka suka jawapan sensasi… mcm ‘tak jumpa orang sesuai…’, atau ‘serik la nak bercinta’,… atau lain lainlah… asalkan sedap didengar. Lepas tu timbullah nasihat… ‘cuba la mintak orang arrabge kan..’, atau ‘rugi kawin lambat ni…’, atau ‘rugi taknak kawin…’. Sedangkan hakikatnya Allah sudah tulis untuk kita dan mereka semua.

    :)

  3. Walaupun saya dah beranak pinak tapi saya tak suka dengar perempuan disoal. ”kenapa tak kahwin lagi?” tu
    Zaman dah berubah, kebanyakan wanita sekaran berkahwin pada umur 27-30 tahun. Itu sesuatu yg normal sekarang. Betul nabi kata salah satu ciri perempuan yg baik cepat jodohnya tapi cepat di zaman inimungkin pada umur 25 tahun kot. Nabi kata cari yang sekufu. Saya rasa maksudnya bukan sekadar harta tapi hal lain juga misalnya cara berfikir. Mungkinlah.

    Hantaran pun bukan main tinggi lagi itu belum termasuk hadiah iringan, macam retis dah.

  4. susah nak bagi sebab ni sebenarnya….
    Macam aku, takut komitmen tu agaknya sebab paling utama…
    dah kahwin makin byk tanggungjawab…. arghhh….takutnye bila dirantai kaki dan tangan ni…

  5. Dulu waktu kerja jumpa ramai juga wanita yg masih membujang.. jawatan pun kebanyakkannya ok2… Mungkin sbb kesibukan kerja rasanya & tak ramai lelaki yg ada di sekeliling kurang berani nak approach kot sbb pangkat huhu.. wallahualam..

  6. antara 10 sebab tu…memang ada beberapa sebab juga yang menjadi faktor masih membujang sampai sekarang…lagi satu komitmen dan tanggungjawab…ataupun mungkin jodoh belum sampai lagi…k..bye…HAHA

  7. Yang biasa saya jumpa, sebab kerjar kerjaya dahulu…
    Sebab kejar kerjaya pula sbb nak bantu keluarga atau keluarga dah letakkan prasyarat “Belajar tinggi dulu, dapat beli rumah dapat beli kereta baru kahwin”.
    Lepastu bila dah ada semua tu, lain pula jadinya…
    (faham2 ajerlah)

  8. Selalu perempuan yang terkena bila time raya, kenduri saudara-mara, atau kaum kerabat datang rumah – datanglah soalan cepu emas tu.
    Kebiasaanya wanita yang bekerjaya, umur 24 dan ke atas,, standby lah soalan tu (lelaki biasanya 28++).

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *