17,157,451 total views, 2,991 views today

Subsidi Ron95 dan Diesel Dihapuskan Mulai 1 Disember

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Subsidi Minyak Malaysia
Berkuat kuasa 1 Disember 2014, subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dihapuskan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, Perkara itu telah dipersetujui oleh Kabinet dan pelaksanaannya sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Ini bermakna, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

“Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat.

Begitu juga sebaliknya,”

Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.

Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM).

Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Rakyat bakal nikmati harga lebih murah

Pelaksanaan kaedah tersebut dijangka memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih murah daripada harga sekarang iaitu RM2.30 untuk seliter petrol RON95 dan RM2.20 seliter untuk diesel, susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada waktu ini.

Penelitian kerajaan selama 19 hari bermula 1 November lalu mendapati harga purata bagi RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit pada masa ini.

Bicara Bro : Harap selepas ini, kerajaan akan memperluaskan pemantauan harga barang runcit atau pun barang-barang yang ada dipasaran. Risau ada yang naik tak turun-turun disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu.

Dan juga penglibatan GST.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Subsidi Ron95 dan Diesel Dihapuskan Mulai 1 Disember

  1. Berita baik untuk pengguna RON95 boleh menikmati harga minyak mengikut pasaran dunia.

    1. Harap harga pasaran stabil dan tidak tiba-tiba naik mendadak.

  2. soal harga minyak sebab utama orang ramai tak puas hati adalah…selepas ini sudah pasti akan ada harga barangan lain yang akan naik

    1. Masalahnya, kalau harga barang naik, tak reti-reti nak turun

  3. Macam tak percaya jer harga minyak dunia jatuh sekarang ni. .. sebab sebelum ni harga minyak tak pernah pun jatuh. .

    1. Kalu ikutkan pernah je jatuh sebelum ini, cuma harga dekat Malaysia tidak berubah

  4. Hmmm, payah juga kalu tak monitor secara rapat. Sebab banyak loophole, Perkerja yang menjalankan kerja kena telus setelus telusnya.

    1. Jangan ada kes stesyen minyak simpan stok minyak tunggu harga minyak naik, baru keluarkan he..23x

  5. owwwhhh… fyna kalau benda-benda macam nih lambat nak paham. hehehe… tahu byr je.

    1. Tak susah pun nak faham dia.

      Eh, jangan tahu bayar je, risau kena tipu dengan sesetengah stesyen minyak

  6. Ron 95 yg ramai org pakai. Kerajaan dpt jimat bnyk duit bila tak perlu bayar subsidi…selebihnya… wallahualam…

    1. Penjimatan yang ditagih, tapi kemana duit itu sebenarnya pergi, macam tak dirasai la pulak

  7. Dah tak gunakan lagi Ron95, beralih arah ke Ron97,jimat dan lebih kilometer 🙂

  8. kalau da harga RON95 lebih kurang saja dengan RON97…baik guna RON97…memang lebih kilometer…sebab pernah la try dulu2…

Leave a Comment