March 29, 2024

Rezeki Seorang Blogger

Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Inikah yang dinamakan sebagai rezeki seorang blogger?

Dalam masa kurang 24 jam. Mendapat 3 khabar gembira yang mampu buat Bro tersenyum dan rasa berbaloi menjadi seorang blogger sejak tahun 2006.

Jika sebelum ini, Bro mendapat 3 iPad Mini dalam tempoh masa kurang 2 bulan (Memang ini dinamakan rezeki)

1 – Menang iPad Mini Dari P1

Menang iPad Mini Dari P1

Menang hadiah contest anjuran P1 dan memenangi iPad Mini.

Gambar bersama rakan-rakan blogger yang juga memenangi contest yang dianjurkan oleh P1. Al-fatihah buat rakan blogger – Arwah Shahril yang merupakan salah seorang pemenang.

info lanjut di Blogger Menang iPad Mini Dari P1

2 – Menang iPad Mini Lagi Dari P1

iPad Mini Dari P1

Ini pula sewaktu gathering blogger P1.

Menang cabutan bertuah je. Memang bertuah rupanya Bro ini (itu kata orang kuat P1 waktu event itu)

info lanjut di Menang iPad Mini Lagi Dari P1

3- David Teo Hadiah iPad Mini

iPad Mini David Teo MiG

David Teo selaku CEO Metrowealth International Group (MiG) berbesar hati menghadiahkan iPad Mini kepada blogger dan media yang selama ini memberi kerjasama mempromosikan produk mereka.

Tak sia-sia, lebih 2 tahun (waktu dapat tue la) Bro aktif bersama Metrowealth.

Waktu ini, hanya Bro dan juga Nisa Kay sahaja yang dapat.

info lanjut di David Teo Hadiah iPad Mini Kepada Blogger

Murahnya Rezeki Sebagai Seorang Blogger

Blogging sudah menjadi salah satu kerjaya Bro selama ini. Maka seeloknya Bro gunakan ianya sebagi mungkin sebagai salah satu platform mencari sumber pendapatan.

Maka, ada baiknya jika Bro mampu menjadikan kerjaya blogger sebagai satu ibadat.

Bro harap, rakan-rakan yang lain juga begitu.

Dalam tempoh 24 jam Bro terima 3 khabar gembira. Bro rasa nak kongsikan ianya di blog ini :-

1 – Menang contest 100 Plus

Semalam Bro terima DM di twitter dari pihak 100Plus yang mengejutkan Bro. Memang terkejut, dan tak sangka Bro boleh menang hadiah sebanyak itu.

Tweet Menang Contest 100PLUSHB

Menang wang tunai.

Alhamdulillah, rezeki walaupun waktu itu, sesuka je join contest yang mereka anjurkan.

100PLUS Heat Buster Winner

Malangnya, Bro bukannya pemenang utama.

Tak kisahlah, Bro tetap bersyukur dengan apa yang Bro menang ini. Rezeki dariNya.

2 – Menang contest P1 Nostalgic Nation

P1Connect P1NostalgicNation Winner
Baru sebentar tadi diumumkan pememang contest anjuran P1 Nostalgic Nation di laman facebook.

Walaupun tak menang hadiah utama, menang iPod pun jadi la. Terima kasih sekali lagi Bro ucapkan kepada pihak P1.

Penyertaan kali ini, Bro agak last minit juga. Susah nak bagi komitment bila terdapat banyak task yang perlu dilakukan. Nak jaga anak lagi + nak kena rakam video sendiri T-T

3 – Kejutan dari Puan Isteri

Selamat Hari Jadi dan Ulang Tahun Perkahwinan

Gambar kami berempat sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Bicara Bro : Rezeki selalunya datang dalam banyak bentuk dan keadaan.

Tak perlu jeles dengan rezeki orang lain. Allah swt dah tetapkan rezeki sekian sekian pada setiap orang. Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu berusaha.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

60 thoughts on “Rezeki Seorang Blogger

  1. Alhamdulillah Bro.. Tahniah rezeki tu. Gua salute & respek Bor sbg seorang blogger lama yg berwawasan.. ikhlas ni hehee. Semoga terus sukses & menjadi inspirasi kpd yg lain… aamiin.. :)

  2. Tahniah Bro… Rezeki melalui blog ni memang sukar untuk dijangka… Ia merupakan satu kejutan /Surprise kepada pemilik blog… Setiap blogger pasti ada rezeki masing-masing…

  3. Terima kasih atas artikel berkenaan Bro.
    Blogger yang jujur, baik dan bertanggungjawab akan sentiasa diberkati dan dimurahkan rezekinya.

    Teruskan usaha :)

Leave a Reply to Sally Yatiey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *