March 28, 2024

Pengalaman Tidur Bawah Meja Waktu Kerja

Tidur Bawah Meja
Siapa disini ada pengalaman tidur bawah meja? Tidur bawah meja waktu kerja?

Ala mengaku je la, itu pun jika korang rasa bos korang tak akan datang baca pengakuan korang dekat blog ini. Bro pernah ada pengalaman tidur bawah meja waktu kerja.

Dulu sewaktu Bro kerja Goverment.

Agak selalu juga Bro tidur bawah meja. Tapi hanya pada waktu lunch je.

Sebab nak ikat perut kumpul duit nak kahwin dulu (tapi tak pernah nak cukup juga bila tiba hujung bulan he…23x)

Sewaktu Bro kerja dengan syarikat swasta, workstation tempat Bro kerja agak kecil. So tak boleh nak tidur bawah meja. Tidur sahaja dekat kerusi.

Kemudian tukar company lain.

Bila mengantuk je, Bro tidur dekat sofa yang disediakan.

Sekarang ini, bila rasa mengantuk je. Masuk bilik, naik atas katil dan tidur je.

Ingat lagi sewaktu Bro kerja dekat satu restorant selepas habis STPM. Waktu rehat Bro gunakan sebaik mungkin untuk makan, solat & tidur kejab (dalam 10-15 minit) Bangun je, badan jadi segar dan boleh buat kerja.

Mungkin sebab itu bos sayang dan Bro hari-hari boleh kerja dari kedai buka pukul 9 pagi sampai pukul 1 pagi.

Bicara Bro : Kadangkala rehat kejab itu perlu. Dapat lelapkan mata sekejab pun cukup la. Walaupun hanya beberapa minit.

Dulu Bro selalu amalkan, sekarang ini… Pantang lelap je, mahu berjam-jam juga tidurnya. Nak buat macam mana, malam-malam buat kerja + jaga anak.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Pengalaman Tidur Bawah Meja Waktu Kerja

  1. betul tu abang bro, tidur yang sekejap tapi berkualiti itu lebih baik daripada tidur lama.
    biasanya hari kerja kita memang perlukan tidur seketika itu untuk memastikan kerja seharian berjalan lancar.
    sebaiknya waktu rehat tengah hari sebelum masuk waktu zohor lenalah kejap.

    1. Sekarang zohor masuk awal, baru nak lelap je dah masuk waktu dah he…23x So terpaksa postpone tidur tue kepada pukul 2, dan tidur kejab pun tak jadi kejab he..23x

  2. Tak pernah tido bawah meja tapi pernah nampak staff lain tidur bawah meja siap berbantal lagi. hahaha. Bolehlah tido kat situ sebab meja pun kat bahagian hujung sekali orang memang tak perasaan or kantoi

  3. sy pernah!! hahahaha.. meja kaunter pulak tu. time tu keje syif mlm.. tiba2 dgr suara pegawai kat sblah kaunter tu. dlm hati b’doa spy pegawai x masuk kaunter tpi x t’capai.. dgn muka x bersalah pelan2 kuar dari bawah meja..pegawai tu dgn muka t’kejut “belum pernah sy nampak org tidur bawah meja ni tau..” hahahaha..

    1. Selamat dia terkejut je, kalau dia pengsan or trauma macam mane,

      Nak lagi best, keluar je dari bawah meja dengan kastum hantu (hantu pocong) lepas tue terakam dalam cctv. Terus viral dekat youtube

  4. Hehe… teringat masa keje dl…. tp ini citer member… kami mmg x cukup tido tuk function siapkan shooting n editing siang mlm… mlm function sy tido bersandar kt kerusi wlupun diapik kiri kanan brother director mcp… sporting giler dorg biarkan sy tido… si member lak rupanya tido bwh me ja. Mmg habis function kami sedar….

Leave a Reply to EjamOthman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *