April 18, 2024

Peminat Nasi Lemak @ MyNasi, Mid Valley

Nasi Lemak @ MyNasi, Mid Valley
Berita baik buat peminat-peminat nasi lemak.

Anda sekarang boleh menikmati nasi lemak terbaik dengan lebih pilihan mengikut citarasa anda di MyNasi, Mid Valley.

EH….!!!

Bukan ke dekat mana-mana pun, kita boleh dapatkan nasi lemak. Kenapa perlu sampai ke Mid Valley mencarinya?

Ada sebab Bro cakap macam ini.

Mid Valley merupakan satu lokasi tumpuan keluarga dan mereka yang berkerja. Pasti ada waktu ketikanya teringin nak perkena nasi lemak tetapi tidak tahu dimana boleh dapatinya.

Maka MyNasi merupakan jawapannya.

Menu Nasi Lemak @ MyNasi, Mid Valley

Terdapat beberapa menu disediakan dalam bentuk pakej memudahkan anda membuat pesanan.

Tidak lupa juga dimana anda sendiri boleh request hidangan nasi lemak mengikut kehendak anda, sama seperti anda beli nasi lemak ditepi jalan. Cuma kali ini, lebih “high class” di Mid Valley pula tue.

Add On Side @ MyNasi, Mid Valley

Add On Side @ MyNasi, Mid Valley

Jangan lupa, anda juga boleh “add-on sides” apa-apa yang tekak anda ingin rasakan disini:-

  • My Chicken Wing – RM3.80
  • My Chicken Thigh – RM6.80
  • Chicken Sausage – RM1.60
  • Chicken Luncheon Meat – RM1.80
  • Breaded Fish Fillet – RM3.50
  • Fried Kuning Fish – RM2.50
Basket Otak-Otak @ MyNasi, Mid Valley
Basket Otak-Otak @ MyNasi, Mid Valley – RM6.90

Menu Istimewa di MyNasi, Mid Valley

Selain nasi lemak, terdapat beberapa menu lain juga yang patut anda cuba. Memang tidak mengecewakan bagi Bro dan isteri.

Antaranya ialah :-

MyLaksa @ MyNasi, Mid Valley
My Laksa @ MyNasi, Mid Valley – RM8.90

My Laksa @ MyNasi, Mid Valley tidak mengecewakan.

Bro usha respon / komen dilaman sosial mengatakan ramai yang menyukai hidangan My Laksa disini. Begitu juga dengan menu-menu yang lain.

Mee Rebus @ MyNasi, Mid Valley
Mee Rebus @ MyNasi, Mid Valley – RM8.00
Mee Siam @ MyNasi, Mid Valley
Mee Siam @ MyNasi, Mid Valley – RM8.00

Dan hidangan yang paling Bro minati adalah….!!!!

Tauhu Telur @ MyNasi, Mid Valley
Tauhu Telur @ MyNasi, Mid Valley – RM7.90

Jadi pada rakan-rakan pembaca blog ini, jika ada kelapangan tersesat di Mid Valley, jangan lepaskan peluang merasa nasi lemak di MyNasi atau nikmati beberapa menu yang Bro kongsikan disini.

Paling penting, jangan lupa try Tauhu Telur.

Bro siap tambah beberapa kali, dan ianya tidak mengecewakan. Tetapi Bro cadangkan, korang makan tauhu itu seketul-seketul untuk memastikan rasa dan nikmatnya dapat dirasai dalam mulut :)


Kredit video buat Ienaeliena

MyNasi @ Mid Valley

LG-074A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur

Website : www.paradisefnb.com.my
Facebook : fb.com/paradisegroupmalaysia.

Untuk penghantaran ke depan pintu juga disediakan dengan menghubungi MyNasi ditalian 03 2202 3099.

Waktu penghantaran adalah diantara pukul 11 pagi – 12 tengahari dan 2 -5 petang. Perkhidmatan ini buat masa kini hanya dalam kawasan Mid Valley City

Aksi Makan-Makan @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Food Review @ MyNasi, Mid Valley

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Peminat Nasi Lemak @ MyNasi, Mid Valley

    1. Business card dah cantik, rugi kalau tak digunakan sebagai prop he..23x

      Nampak gaya tak boleh datang blog bro waktu pagi or waktu bro peromote makanan he…23x

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *