April 26, 2024

#P1NostalgicNation – Mengimbas Kembali Kenangan Kanak-Kanak

P1 Nostalgic Nation
Terasa macam dah tua la pula (selamat sedar diri) bila mengimbas kembali kenangan sewaktu kanak-kanak dulu.

Berbeza, terlalu berbeza. Kanak-kanak dengan gadget memang tidak dapat dipisahkan. Cuma dulu, kami tidak didedahkan dengan gadget elektronik. Kebanyakannya berasaskan kertas atau apa benda yang mudah diperolehi (kalau boleh, tanpa mengeluarkan duit).

Bukan kedekut.

Tapi itu la, dulu mana berani nak minta duit dekat mak ayah.

Lagi-lagi bila dorang tahu kita nak beli benda bukan-bukan he…23x

Tertiba teringat kenangan basikal roda tiga milik Bro sendiri patah dua dikerjakan oleh ayah Bro yang garang. Dulu memang Bro takut gila dengan ayah sendiri. Lagipun seminggu sekali je dapat jumpa ayah.

Selamat imaginasi Bro kuat,

Dapat juga modified basikal itu bagi bersambung. Tapi tak boleh nak naik he…23x sebabnya memang tak boleh nak naik la (ikat dengan tali rafia je – so pepaham je la ek)

Pengalaman sertai #P1NostalgicNation

Task 1 – #FoldABoat

Kalau ikutkan, Bro terpaksa buat video ini last minit. Seminggu tak keluar rumah. Jangan katakan laut atau sungai. Tasik mahupun kolam ikan pun tak jumpa.

Nak guna longkang, kering la pulak.

So selepas mandikan Baby Fisha, terus dapat idea untuk buat video ini He…23x Terpaksa guna Baby Fisha punya bath tub untuk buat video. Sebab itu ada itik tue. Tak pasti, itik itu Fisha punya atau daddy dia yang punya. Teringin nak main benda tue.

Sewaktu Bro berumur lebih kurang 5-6 tahun dulu. Kapal kertas ini memang permainan Bro, siap berlumba-lumba dekat dalam longkang dengan rakan-rakan sebaya. Kalau kapal sendiri slow, sanggup masuk dalam longkang semata-mata nak tolak air bagi kapal pergi lebih jauh.

Balik rumah je, bau badan dan macam bau air dalam longkang. Sama…

Paling best…!!! Bila hujan..!!

Kita tengok kapal siapa boleh bertahan paling lama. Mana yang kretif, siap warnakan kapal kertas dia dan tengok warna itu larut terkena air hujan.

Dan sekarang, gua dah sedar.

Gua dah terlalu tua untuk benda-benda macam ini. Take time juga nak recall balik macam mana nak buat kapal kertas macam ini. Nak main dekat longkang pun macam segan je. Nanti anak gua buat muka pelik tengok gua macam bebudak baru nak UP…!

Task 2 – #FoldAPlane

P1NostalgicNation - FoldAPlane Misai Wak Doyok

Ini rupanya kapal terbang kertas milik Bro.

Sekali nampak macam misai Wak Doyok pula. Lepas ini, susah la Wak Doyok nak cari makan dekat blog Bro he…23x

Agak sukar juga nak buat video sambil rakam kapal terbang ini terbang. Sebabnya, tak tahu ianya akan terbang ke mana. Lain la kalau ada remote control. Boleh control ke mana sahaja kita nak dia terbang.

Kalau ikutkan,

Masa Bro kecik-kecik dulum, reti la buat kapal terbang kertas yang mampu terbang lama atau jauh.

Jika tak dapat nak terbang, selalu pegang je kapal terbang kertas itu dan lari keliling rumah sambil buat bunyi macam kapal terbang. Nampak macam comel je kan.

Tapi itu la,

Tak kisah apa kita buat walaupun nampak pelik, asalkan kita gembira dengan apa yang kita lakukan.

Task 3 – #MakeAFall

Kegunaan Plastik Beg - Buat kepala Alien

Kalau ikutkan, Bro memang suka buat kerja gila.

Tapi gila-gila Bro ini, tak suka la pulak menyusahkan orang. Menyusahkan isteri sendiri ada la. Ye la, apa gua ada isteri dekat rumah kalau tak boleh nak……… (he..23x malas nak teruskan ayatnya)

Selamat ada puan isteri. So boleh mintak dia tolong untuk menyempurnakan video ini.

Pergghhhhh….!!!

Siap ada ujian menggunakan turbin angin (sedangkan guna kipas je)

Tapi bila duduk depan kipas. Bro memang suka buat kerja gila. Tapi kerja gila Bro ini, tetap ada orang gunakan dalam iklan dorang dekat TV. 1 kosong katanya.

Best…!! Tipu la kalau korang tak pernah menjerit depan kipas kan. Baik ngaku.

Menjerit depan kipas angin

Kalau ikutkan, dulu Bro selalu hilang fokus dalam kelas Fizik. Sebab cikgu dia muda dan belum kahwin lagi. So Bro tak beberapa mahil sangat buat payung terjun sendiri.

Selalu, bila sekolah buat pertandingan payung terjun macam nie.

Bro hanya duduk dibawah tengok telur siapa yang pecah dan siapa yang tak pecah. Siap bertaruh dengan member lagi (bertaruh mulut je, tak melibatkan duit atau seangakatan dengan judi).

Bila buat video ini, banyak faktor juga yang Bro fikirkan.

Itu pasal, ramai yang bertanya, mana pergi telurnya? He…23x

Subsidi minyak dah dikurangkan 20sen. Tetapi kita semua tidak bodoh dan tahu harga minyak memang naik 20sen. Disebabkan kita tak bodoh, maka jangan membazirkan telur. Harga telur pun macam dah mahal sekarang ini.

So goreng dulu, dah makan baru buat video payung terjung tue tadi.

Cabaran #P1NostalgicNation Selesai

Selesai juga ketiga-tiga task yang diberikan.

Maaf jika ada banyak kekurangan. Maklum la, tak reti sangat nak edit video. Ini pun guna Window Media Maker je.

Kebanyakan video diambil menggunakan kamera bertelefon.

Kualiti video terpaksa dikurangkan, supaya mudah dimuat naik ke laman facebook (seperti yang diminta oleh penganjur). Biasa la internet semput dekat sini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “#P1NostalgicNation – Mengimbas Kembali Kenangan Kanak-Kanak

    1. Eh budak2 zaman sekarnag lagi power….

      iPad dibuatnya macam kapal terbang, tau-tau je dah melayang dah benda tue. Belum lagi dia rendam dalam air he…23x

  1. Akakaka! Nape rase nak gelak terguling2 je ekk tengok video2 ni? Dah rupe buang tebiat gayanya.. Ngahaha!Tapi semua tu mmg pernah main zaman kecik2.. Satu lagi yg rare sikit, tak tau la bro pernah buat ke tak.. Dulu zaman kecik2 suka tangkap serangga yang boleh terbang.. Tak kiralah kumbang ke tebuan ke pepatung ke.. Dah dapat tangkap, amik benang ikat kat badan dorang.. Tapi pastikan ikat jgn kuat sangat sampai terputus badan kawan tu.. Ikat longgar2 je.. Lepas tu biarkanlah dorang terbang.. Kita pegang la benang tu.. Acah2 main layang2.. Dah puas main, lepas la balik binatang2 tu.. Sian, dorang pun nak hidup gak.. Hehe.. Ok, setel karang satu entri di blog tuan blogger “One” pack.. Kbai! ;p
    RosmizaAliDotCom

  2. 1. apa salah itik tu sampai kena macam tu? heee…..

    2. kenapa jauh sangat kapal terbang tu pergi? “p

    3. kenapa bukan bro yang terjun dengan payung.. baru terbaik. heee….

    memang best bila mengimbau kenangan zaman kanak2 kan… ajar fisya supaya dia juga tahu permainan dulu2 lebih seronok dari gajet skrg… :)

    1. 1. Apa salah itik itu? Itik tue tak salah apa-apa pun

      2. Sebab dia guna minyak Shell – membawa anda pergi lebih jauh

      3. Boleh je, risau DN tak jumpa Bro dah lepas itu

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *