Thor Avengers
Ada tak peminat Thor ataupun The Avengers? Tak sabar nak tunggu filem terbaru mereka yang bakal keluar tahun depan.

Hari ini, Bro ingin kongsikan misteri tukul Mjolnir milik Thor. Tetapi jangan ambil benda ini secara serius, cuma ianya menjadi perbualan hangat di laman social bila trailer terbaru Avengers memaparkan sesuatu yang buat Thor sendiri terkejut.

Seperti yang kita ketahui,

Tukul beliau tidak boleh diangkat oleh orang/makhluk lain. Dalam The Avengers sendiri, Hulk pun gagal mengangkat tukul tersebut.

Artikel dikeluarkan majalah Wired menceritakan tukul berkuasa milik thor, Mjolnir yang tidak boleh diangkat mana-mana pihak kecuali Thor menerusi alasan saintifik.

Seorang ahli fizik astronomi dan pengarah Planetarium Hayden di Amerika Syarikat, Doktor Neil Degrasse Tyson, menganggarkan Mjolnir seberat 12,000 trilion pound.

Tyson membuat anggaran berdasarkan spekulasi Mjolnir dibuat daripada jirim bintang neutron kerana mitologi Norse meramalkan ia dibuat daripada besi jenis uru oleh seorang tukang besi di sebuah bintang yang uzur.

Jadi kiraan berat Mjolnir dibuat dengan membandingkan ketumpatan air dengan jirim bintang neutron yang mempunyai ketumpatan seratus juta gram bagi setiap sentimeter padu.

Thor Hammer New Avengers Movie

Tetapi ada sesuatu yang pelik dipaparkan dalam trailer filem terbaru Avengers

Tidak logik sebuah meja di rumah Tony Stark, malah apa sahaja barang yang dicipta atau wujud di muka bumi ini mampu menahan beban Mjolnir.

Jom lihat sedutan filem terbaru Avengers: Age of Ultron menunjukkan hanya Captain America ataupun Steve Rogers berjaya menggerakkan Mjolnir.

Dalam trailer ini,

Anda boleh nampak muka Thor cuak sekejab bila tukul ini bergerak sewaktu Captain America ataupun Steve Rogers mencuba nasib.

Biarlah benda ini menjadi misteri, bukan masuk exam pun. Sekadar hiburan semata-mata. Apa-apa pun memang tak sabar nak tengok Filem Marvel’s Avengers: Age of Ultron.

Rahsia tukul milik #Thor = Pikachu + Nokia 3310

A photo posted by Bro Framestone (@broframestone) on