You are here
Home > Travel Blog > Menara Condong, Teluk Intan

Menara Condong, Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan
Ini merupakan kali kedua, Bro datang Teluk Intan menyaksikan Menara Condong. Kali pertama, kalau tak salah pada tahun 1996 kot.

Kali ini singgah sini, sebab Puan Isteri teringin nak tengok Menara Condong yang tiba-tiba banyak blogger perkatakan sewaktu mereka sertai FAM Trip ke Perak tempoh hari.

Kita sebagai suami, just layankan aje la.

Lagipun memang Bro dah lama tak datang ke sini.

Alang-alang memang terlajak ke Teluk Intan untuk memberi perhormatan terkakhir pada Majlis Pengkebumian Jenazah Mangsa Tragedi MH17 yakni suami kepada rakan sekerja Puan Isteri.

Informasi Tentang Menara Condong, Teluk Intan

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885.

Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 120 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar.

Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

Sumber : Wikipedia

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Menara Condong, Teluk Intan

  1. Alahai.. Bro pergi ke Teluk Intan ke? Apasal tak roger saya.. Dari rumah saya (Sabak Bernam) ke Teluk Intan tak sampai sejam.. Dari rumah emak saya (Kampung Gajah) ke Teluk Intan pun tak sampai 1 jam… kalau bro bagi tahu, boleh kita jumpa di sana..

  2. Saya pun baru menjejak kaki ke Menara Condong Teluk Intan.
    Apa yang condongnya? Rasa nak tahu..
    Tapi bila berjalan atas lantai Menara Condong tue rasa pening la..
    Mungkin tak berada pada pusat graviti yang betul kot (teori sendiri)
    Kehkeh..

    1. Memng condong sedikit sebenarnya…

      Sebenarnya bila kita berada diatasnya… kedudukan kita berdiri bukannya 90 darjah… tue yang buat badan kita susah nak seimbangkan badan dan buat kita rasa pening-pening sikit.

      Lebih kurang bila kita berdiri dan tertiba ada gempa bumi walaupun gegarannya kecil.

Leave a Reply

Top