You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Kelibat – Anda Bukan Keseorangan

Kelibat – Anda Bukan Keseorangan

Filem Seram Kelibat
Kelibat, filem ke-97 bergenre seram terbitan Metrowealth (MiG) mengetengahkan elemen yang selalu menghantui dan menjadi igauan kebanyakan orang.

Dengan banyaknya tersebar di laman sosial tentang gambar dan video yang mengandungi bayangan atau kelibat yang tidak dapat dikenal pasti dimana sewaktu ianya dirakam, memang ianya tidak wujud disana.

Dengan kejayaan Nasi Tangas, Hashim Rejab sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi filem Kelibat, yang bakal menemui penonton pada 6 November.

Dimana sebelum ini, beliau lebih sinonim dengan filem genre romantik dan genre seram bukanlah genre sebenar beliau.

Bagi beliau, bukan mudah untuk membawa elemen seram dalam penceritaan agar penonton dapat menikmati apa yang ingin disampaikan.

Ini bukannya filem seram semata-mata.

Ia adalah filem seram yang berbeza di mana ianya lebih menceritakan mengenai perasaan apabila takut, sedih dan marah di gumpal dalam satu cerita. Sampaikan Bro tonton terasa perasaan sedih dan marah yang meluap-luap, rasa macam nak tampar je watak dalam cerita itu.

Sinopsis Filem Kelibat

Filem Seram Kelibat

Kelibat mengisahkan tentang sebuah keluarga, Kamal (Fauzi Nawawi dan Kalin (Elly Suriaty) bersama anak mereka, Azahari (Niezam Zaidi), Azalia (Atikah Suhaime) dan Azmira (Nurqistina) yang terpaksa berpindah jauh dari bandar.

Semuanya berpunca dari perniagaan Kamal yang jatuh muflis dan banglo milik mereka terpaksa dilelong.

Ini menyebabkan isteri dan anak-anaknya memberontak inginkan penjelasan sebenar dari Kamal. Walaupun Kamal adalah seorang suami dan ayah, Isterinya tidak memahami apa yang dia hadapi dan anaknya sedikit pun tidak menghormati dia.

Kecuali anak dia yang paling kecil, Azmira (Sebab memang dia kecil lagi, bukan tahu apa-apa he..23x)

Filem Seram Kelibat

Kamal membawa keluarga tinggal di sebuah resort yang disewanya untuk sementara dan mengajar keluarganya untuk hidup sederhana. Dimana hidup mereka sebelum ini terlalu mewah, dimana semua kerja dilakukan oleh orang gaji mereka.

Maka disini, bermulanya konflik dalaman keluarga ini bila mereka mengetahui yang Kamal sebenarnya melarikan diri sebab berhutang dengan Ah Long.

Waktu ini, Bro sendiri rasa nak mengamuk je dalam pangung (emotional sungguh Bro nie) bila tengok babak kekurang ajaran yang ditunjukan oleh watak yang dibawa oleh Niezam Zaidi dan Atikah Suhaime.

Sehinggakan isterinya, Kalin memohon cerai dengan Kamal menyebabkan dia terduduk menangisi apa yang terjadi kepada dia. Walaupun selama ini beliau berjaya, cuma kali ini tersungkur menyebabkan dia diuji dan hilang segalanya.

Sejak malam itu, keluarga ini mula diganggu oleh sesuatu yang mereka tidak nampak.

Apakah tindakan kamal untuk menyelesaikan konflik dalaman keluarganya dan apa sebenarnya yang menghantui resort itu selama ini. Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda bermula 6 November ini.

Trailer Filem Kelibat

Review Filem Kelibat by Bro Framestone

Pemilihan pelakon tidak mengecewakan, walaupun tak banyak pelakon yang terlibat secara menyeluruh selain keluarga ini.

Malangnya, keseramannya agak berkurangan tetapi aspek perasaan sedih, marah dan takut yang dibawa oleh pelakonnya menyebabkan penonton sendiri daoat rasa apa yang dirasai oleh setiap orang dalam keluarga ini.

Beberapa isu rumah tangga dan konflik dalam keluarga diketengahkan ketahap klimak sebelum keluarga ini berpecah belah.

Cuma ada beberapa part yang ada yang tak kena je. Mungkin ada part yang tak lepas oleh bahagian penapisan Filem sebelum ianya ditayangkan.

Filem Seram Kelibat

Meh Bro belanja satu gambar portrait family Kamal he…23x

Bicara Bro : Jika boleh elak, cuba elak. Pinjam duit Ah Long bukannya salah satu jalan penyelesaian kepada masalah anda, bahkan ianya akan menambah-nambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Baru tadi, dengar khabar ada jiran taman sebelah bercerai sebab suaminya ada hutang dengan Ah Long sampai rumah kena simbah cat.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Kelibat – Anda Bukan Keseorangan

Leave a Reply

Top