You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Jumlah Pinjaman PTPTN Dikurangkan. Apa Kata Anda?

Jumlah Pinjaman PTPTN Dikurangkan. Apa Kata Anda?

Jumlah Pinjaman PTPTN Dikurangkan
Berkuat kuasa 1 November ini,

Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan sebanyak lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Penyelarasan ini dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.

Salah satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.

Maka, anda jangan lupa untuk selesaikan hutang pinjaman (Pinjaman tau, bukan tajaan) PTPTN bagi memberi peluang kepada adik-adik kita untuk melanjutkan pelajaran.

Kecuali jika korang tak sanggup nak tengok adik-adik korang tertekan kerana disenarai hitamkan oleh pihak PTPTN seperti yang korang kena He..23x

Jangan kita jadi manusia yang suka menyalak.

Tak dapat PTPTN, menyalak
Nak dapat PTPTN, menyalak.
Dah dapat PTPTN, menyalak.
Habis duit PTPTN, menyalak.

Nak bayar hutang PTPTN, menyalak.
Disenarai hitam PTPTN, menyalak.

Asik nak menyalak je kerjanya. Maaf jika benda ini amat kasar bagi sesetengah pihak. Jika korang terasa dengan apa yang Bro nyatakan diatas. Itu membuktikan ada part yang terkena dekat batang hidung anda.

Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M

Syarat Pinjaman PTPTN Diperketatkan

Pihak PTPTN telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

  • Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.
  • Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000

(Tertiba rasa menyesal pula tak apply BR1M walaupun layak)

Bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Terdapat banyak cara nak selesaikan hutang PTPTN. Tetapi semuanya terletak ditangan anda untuk memilih cara terbaik untuk melangsaikan hutang PTPTN anda.

PTPTN akan menyenaraikan kira-kira setengah juta nama peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berkuat kuasa 1 Januari 2015.

Bicara Bro : Pengurangan sebanyak 15% bagi pelajar IPTS, agak membebankan juga.

Dulu, Bro juga pelajar IPTS. Dapat pinjaman penuh, duit PTPTN dapat cukup-cukup untuk bayar yuran pengajian setiap sem. Siap kena tambah sikit untuk tampung kos-kos tambahan yang perlu bro bayar pada Universiti tiap semester.

Belum lagi kos untuk rumah sewa, pengangkutan etc. Sepanjang tempoh belajar, banyak part time juga Bro buat untuk dapatkan extra duit untuk sesuap nasi.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

30 thoughts on “Jumlah Pinjaman PTPTN Dikurangkan. Apa Kata Anda?

  1. Blacklist tu setuju. Tapi part BR1m?,, Hmm.. Diberinya gula2 dulu untuk dapatkan listing penerima, next step sapa yang tak layak BR1m, anak-anak atau waris yang akan datang akan dikenakan limit tertentu untuk pinjaman pelajaran.. wah.. nice planning. Bijak sangatttt. Makin tertekan la rakyat. (8k, cukup ke blanja sekarang ni?) Hmm..

  2. Ptptn ni tak wajib.

    Kalau tak rasa sanggup beban hutang..jangan pinjam. Menyusahkan orng lain aje.

    sebab tu..belajar elok2. Dapat kerja bagus2. Baru senang nak bayar hutang.

    Ini bila tak leh bayar..mula salahkan ptptn..mula salahkan kerajaan..mula cari salah orang lain.

    Huh..apa pon tak boleh.

    Manja benar orang sekarang ni..

    1. Mungkin kesilapan mak bapak dulu. Target masuk IPT je, terus tanya “dapat PTPTN x?” dan anggap dapat PTPTN itu dah cukup bertuah, sedangkan ada banyak lagi sumber yang boleh membantu, lagi-lagi kalau anak mereka menyerlah dalam pelajaran.

    1. Harapnya macam itu la, dan harap anak-anak hargai pengorbanan ibu bapa mereka. Jika dulu dapat PTPTN terus joli beli handphone memahal la apa la.. harap akan datang tiada benda macam nie ek

  3. yang TAK RETI/LIAT nak bayar PTPTN tu memang menyusahkan orang…da pinjam bayar la kan…generasi sekarang kena menanggungnya disebabkan segelintir mereka yang LIAT nak membayar ni…tak pasal2 dikurangkan beberapa peratus…mujurlah saya bukan salah seorang daripada mereka ni…huhu

    1. Tak pasti kenapa mereka tak reti/liat nak bayar PTPTN. Mungkin ada bebanan lain kot, ke pihak PTPTN perlu call tiap2 bulan remind suruh bayar PTPTN macam pihak bank selalu buat he..23x

Leave a Reply

Top