17,153,177 total views, 4,481 views today

JPJ – No Plat Kereta Fancy Bukan Punca Kemalangan

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Datuk Seri Ismail Ahmad
Kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad baru-baru ini menjadi “bahan melawak” di laman sosial.

Kenyataan tersebut terkeluar ketika beliau ditanya wartawan dari Astro Awani dimana pihaknya menjangkakan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya akan meningkat sebanyak 10,716 kes.

“Kita jangka rakyat negara kita akan mati (akibat kemalangan) sebanyak 10,716 menjelang tahun 2020, jadi usaha-usaha (yang dijalankan) kita ini adalah untuk mengurangkan rakyat mati diatas jalan raya kerana kita (JPJ) mempunyai KPI.

Kita nak orang ramai mati 5,358 orang sahaja menjelang tahun 2020 (dan) ini dari segi teorilah”

Amboi, kenyataan memang tak boleh blah sungguh.

Walaupun pada hakikatnya kenyataan tersebut hanyalah merujuk kepada statistik dan perangkaan yang dilakukan, namun disebabkan penuturan tersebut tidak mengunakan gaya bahasa yang betul ia telah disebarkan secara meluas dan menjadi bahan lawak para penguna media sosial khususnya Facabook.

Apa yang Bro nampak disini :-

  • Walaupun dia Ketua Pengarah, bukan senang nak keluarkan kenyataan yang tersusun dan kemas sama seperti sidang media. Bro sendiri pun, kalau kena interview secara sponton, terabur juga. Tetapi Bro akan mintak mereka shoot lagi sekali dan potong mana-mana bahagian yang tidak perlu.
  • Wartawan juga perlu memainkan perasan, jika ada kesilapan pada kenyataan tersebut. Elok rasanya bagi pihak dia untuk membaiki kemudian baru siarkan. Contoh terbaik adalah Melodi, kenyataan dari artis dipotong dan disusun untuk menekankan point yang perlu penonton tahu. Selebihnya simpan leklok, risau jadi aib.

No Plat Kereta Fancy Punca Kemalangan?

No Plat Medium Kawalan Keselamatan

No Plat kereta yang fancy merupakan punca kemalangan? Kalau ikutkan, no plat kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan.

Kecuali jika no plat tercabut dan terbang kearah kenderaan lain. Kenderaan tersebut cuba mengelak dan hilang kawalan lalu berlakunya kemalangan, itu barulah ianya menjadi punca kemalangan.

Menurut apa yang dikongsikan di facebook Jabatan Pengangkutan Jalan,

No Plat kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:

  1. Tali pinggang/topi keladar
  2. Telepon bimbit
  3. Potong garisan berkembar
  4. Langgar lampu isyarat
  5. Potong garisan
  6. Lorong kecemasan
  7. Had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat ‘fancy’ digunakan.

Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

Bicara Bro : Kalau ikutkan, memang ada kebenaranya. Walaupun perkara ini mendapat respon negatif dari pengguna jalan raya. Bila dah terhantuk atau terkena batang hidung sendiri baru nak sedar.

Minggu lepas ada kenalan, terlangar kereta hadapan yang berhenti secara mengejut. Then orang itu boleh blah macam itu je, sian member itu terkapai sorang-sorang. Just tahu jenis kenderaan dan warna sahaja. No plat tak ingat langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 thoughts on “JPJ – No Plat Kereta Fancy Bukan Punca Kemalangan

  1. kadang2 orang kita pun cepat melenting..tetapi hampir seminggu juga aku pening duk fikirkan punca kenapa no plat boleh sebabkan kemalangan

    1. Hang ada buat research x? Kot2 boleh dapat PhD ke kan

  2. Punca sebenar kemalangan terletak pada kesalahan diri sendiri… Jadi baca doa sebelum memandu… Kemudian pandudengan cermat, In Shaa Allah jiwa selamat..

    1. Kadangkala kesalahan orang lain juga, kita pula menjadi mangsa.

      Seelok-eloknya amalkan doa sebelum memandu.

  3. memang ada plate yg fancy, kecik, nak baca pun kena pi dekat2. memang melampau… memang susah nak cam kalau laju pulak.

    1. Kalau tak drive, boleh la tengok dekat-dekat.

      Cuba kalau tengah drive, terpaksa drive rapat-rapat sebab nak baca no plat dia. Kalau dia bawa laju, kita pun terpaksa bawa laju sebab nak tengok no plat dia

  4. Keyboard warrior cepat benar melatah dan menjadikan kenyataan KP JPJ sebagai viral di laman sosial..
    Kalau kita fahamkan isu sebenar rasanya takde yang nak diperbesar2kan isu ini..

    1. Keyboard warrior ada dimana-mana…

  5. Letih dgn panglima pahlawan2 papan kekunci yg cepat melatah ni.. ok lah tu dpt kurangkan kadar nak org mati sebanyak 50% menjelang 2020 dari yg dijangka hehee..
    Tp bnyk lagi kereta2 power2 guna plate kecik ni.. mmg tak patut lah…

    1. kereta power, poket dorang pun power. Xde hal nak bayar saman. Kalau mati pun, duit insuran mereka pun boleh tahan banyak kot untuk keluarga mereka yang masih hidup.

      Tapi kalau membahaya nyawa orang lain tue, memang tak patut la kan.

  6. Tak tahu nak cakap mentaliti rakyat kita ni macammana. Ada yg memang pasang no plat kecik yg amat sampai nk tengok pun susah. tapi takkan la sebab tu menjadikan kemalangan meningkat. macam tak relevan pula kenyataan tu

  7. pokok panggalnya kemalangan berpunca dari pemandu itu sendiri. jika tidak mengamalkan pemanduan yang selamat.

  8. Di Malaysia ramai bijak pandai yang cerdik serta tinggi IQ mereka. Gunakan kelebihan yang ada untuk mengkaji sebelum membuat kenyataan. Mungkin ada hikmahnya yang Tuhan nak tunjuk. Bagi ambo, kedua-duanya tidak salah samada yang memberi kenyataan atau rakyat yang melenting.

    Satu pihak memberi kenyataan hakikat.

    Satu pihak lagi melihat realiti syariat.

    Kedua-duanya perlu seiring untuk kefahaman bersama.

  9. Setuju dengan bro. Bila berhadapan dengan kamera buat pertama kali tentu perasaan gugup. Rasanya pihak wartawan boleh ulang semula rakaman temubual dan edit semula mana yang tidak patut.

    1. Sepatutnya macam itu, Bro pernah je kena temubual dengan wartawan Astro, Bro request untuk shoot lagi sekali, dan mereka pun tiada masalah.

      Sebab dia tahu, Bro bukannya pelakon atau bercakap ikut skrip yang sudah disediakan.

  10. Bengang pon ada sampai kena bawa pembaris kan nk ukur bagai, tp betullah kena batang hidung sendiri baru melatah. Tapi dia pon sebagai orang atas JPJ kena la bersiap saga kalu kena temu ramah live lagi kot. Jangan la kluar statement bangang macam tu.

    1. Dia kekok kot bila kena temubual macam ini. Lain la kalau Datuk Samivellu. Tanya je apa-apa dekat dia, semua dia boleh jawab. Walaupun jawapan dia amat mengelikan hati.

  11. yang orang ramai marah JPJ nie terlampau havoc sangat nak check plate kereta orang ramai, plate kereta menteri tak berani sentuh….takkan plate kereta yang baru keluar dari kedai pun nak ukur bagai….check ler plate kereta yang berkilat, nombornya ditampal, angkanya kecil tak boleh dibaca….agak-agak ler nak ukur…sampai guna pembaris….dah tu pulak tengok kepada anggota @ pegawai yang jalankan operasi….ada yang kena ada jugak yang tak….ini luahan pengguna lain……jangan sentap

  12. ala, no plat dorang bising…bukannya ada apa pun…tegur kereta pegawai yang besar2 tu dulu…no plat fancy2 je…huhu

Leave a Comment