You are here
Home > japan power > Episod 700 – Penamat Kepada Manga Naruto

Episod 700 – Penamat Kepada Manga Naruto

Naruto the 7th Hokage
Akhirnya tamat sudah manga Naruto karya Masashi Kishimoto setelah 15 tahun ianya disiarkan. Memang episod ke 700 ini, amat dinanti-nantikan oleh peminatnya dari seluruh dunia.

Mereka ingin tahu apakah kesudahan kepada dunia shinobi (ninja) dan juga perlawanan terakhir antara Naruto dan Sasuke.

Naruto Sebagai Hokage Ke-7

Impian Uzumaki Naruto sewaktu kecil untuk menjadi Hokage akhirnya menjadi kenyataan. Dimana Hokage ke-6, iaitu Hatake Kakashi meletak jawatan dan Naruto dilantik menjadi Hokage ke-7.

Tak percaya?

Tengok muka Naruto yang terpahat pada bukit di belakang kampung mereka. Paling tak boleh blah, siap ada logo kumpulan Lanun Monkey D Luffy (Manga One Piece – My Favorite Manga). Itu diconteng sendiri oleh anak kepada Naruto – Bolt.

Uzumaki Naruto the 7th Hokage Uzumaki Bolt

Beliau sama seperti Naruto sewaktu kecil, suka buat kekecohan untuk mendapat perhatian dari ayahnya.

Oh, siapa pula isteri kepada Naruto?

Mestilah dengan Sakura Haruno he…23x Eh bukan la, Naruto akhirnya kahwin dengan Hinata Hyuga yang selama ini meminati Naruto dan berjaya membuka hati Naruto untuk menerima cinta dia.

Pengajaran disini : Kahwini la dengan orang yang mencintai korang, bukan dengan orang yang anda cintai. Kerana cinta itu akan datang kemudian, lagi sweet la la la.

Hasil perkahwinan Naruto dengan Hinata, akhirnya dapat 2 orang anak iaitu : Bolt dan ….. (ala dia tak mention pula nama anak perempuan dia)

Pejabat Hokage ke-7

Selepas peperangan tamat,

Dunia Shinobi semakin maju dan membangun dengan pesat. Ada satu part, Naruto menggunakan laptop untuk buat kerja (ke main game) dalam pejabat Hokage.

Apa yang terjadi kepada Uchiha Sasuke?

Beliau merantau, dan anak perempuan dia agak anti sedikit dengan Uzumaki Bolt. Eh siapa isteri kepada Sasuke?

Semestinya………..

Korang baca sendiri je la. Bro nak sambung baca One Piece pula he…23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Episod 700 – Penamat Kepada Manga Naruto

    1. Selamat Bro hanya tunggu One Piece, sebab pelukisnya bagitau, dia sendiri tidak tahu bila nak tamatkan manga lukisan dia, sebab perjalanan ceritanya masih lagi jauh la la la

Leave a Reply

Top