April 18, 2024

Cendol Bakar Cawangan Port Dickson

Cendol Bakar Cawangan Port Dickson
Sewaktu pulang dari Johor Bahru, singgah sebentar di Port Dickson (Sebab family tertiba bercuti disana, alang-alang join sekali)

Tak tahu apa yang menarik ada di PD, maka adik ipar ajak perkena Cendol Bakar. Eh, sejak bila pula ada Cendol Bakar dekat Port Dickson ini?

Bukan dekat Kuala Selangor ke?

Rupanya, Cendol Bakar yang femes dekat Kuala Selangor, buka cawagan dekat Port Dickson.

Bezanya, tiada drive thru je.

Sewaktu Bro datang baru-baru ini (waktu tengahari, ramai orang nak lunch) Agak susah juga nak cari parking, terpaksa parking sampai ke dalam. Selamat, nak beli cendol, adik Bro yang beratur, Bro relax je (relax la sangat – jaga anak tidur dalam dakapan daddy dia).

Nak makan pun susah,

Tapi xpe, Baby Fisha memang suka tidur lena bila dengan daddy dia.

Cendol Bakar Cawangan Port Dickson

Antara cendol yang di order.

Bro tak pernah perkena lagi Cendol Bakar dekat Kuala Selangor tue. Pernah lalu je, tak berhenti.

Mungkin next time kot. Nak try rasa, kot-kot ada perbezaan ke atau memang sama. Kalau sama, untung la orang-orang Port Dickson.

Tapi untung lagi owner restoran yang menyewakan tapak niaga untuk Cendol Bakar berniaga di depan restoran dia. Memang ramai yang datang singgah sini.

Harga Cendol Bakar

Cendol Bakar Cawangan Port Dickson
Ini list order cendol bakar disini,

Ana boleh lihat harga cendol yang dijual disini ada disertakan pada list order ini.

Tapi, kalau datang sini,

Elok order banyak-banyak. Kalau idak, penat beratur je la. Risau lepas makan, nak lagi. Tak pasal-pasal kena beratur lagi.

Cendol Bakar Cawangan Port Dickson

Dek kerana Bro paling lambat habis makan, maka tinggal Cendol biasa je la.

Jadi la kan. Nak order lagi, dah malas nak beratur.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Cendol Bakar Cawangan Port Dickson

  1. Hari tu ada makan cendol bakar ni kat pasar mana ntah.. Pepagi buta gi bekpes makan cendol bakar.. Haha! Selama ni duk pikir cendol bakar ni cendol yang dibakar.. Rupanya bakar tu nama perintis cendol bakar ni.. Ish2! Kompius ahkak..
    RosmizaAliDotCom

  2. lama pula rasanya tak pekena cendol ni…huhu

    P.S – ramai yang confuse dengan nama Cendol Bakar ni…semua tertanya2 apa yang dibakarnya…padahal tu nama owner…kih3

  3. cendol memang sedap..tapi kalau kene yang santannya cair..erm spoilll..

    Dari tadi dok tgk gambar, macam mana diorg bakar cendol tu, rupanya nama owner..cehhh..tipah tertipu bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *