Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (2)
Tempoh hari sewaktu jualan Lazada Online Revolution 11/11 Bro sempat membeli belah di lazada.

Ada beberapa produk yang dijual disana bro berkenan, dan Bro telah membeli Kamera Digital – Fujifilm Finepix JX600 dari Lazada.

Walaupun harga dia tiada berbeza sangat dengan harga dekat laman lain.

Tetapi disebabkan voucher RM10 sewaktu mendaftar dan voucher RM25 untuk pembelian melebihi RM250 menggunakan aplikasi Lazada pada telefon bimbit. Banyak penjimatan yang Bro terima.

Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (3)
Sticker Lazada pada kotak

Paling tak boleh blah.

Bro buat pembayaran sewaktu barang itu dihantar ke depan pintu rumah Bro. Kiranya COD – cash on delivery.

Tempoh Bro beli dan terima hanya 1 hari bekerja sahaja. Cepat dan pantas urus niaga yang dijalankan (Maaf, ini bukan entry berbayar ataupun entry tajaan Lazada).

Bagi Anda yang ingin membeli kamera di Lazada, klik banner dibawah untuk usha-usha dulu kot-kot ada yang berkenan dihati.



Fujifilm Finepix JX600

Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (1)

Kenapa Bro beli kamera digital Fujifilm Finepix JX600 ini?

Selama ini Bro banyak ambil gambar guna handphone. Sekali sekala kena ada kamera digital yang kecil comel sebagai back-up. Hadir dengan kamera 14MP dan 5x optical zoom + harganya yang menarik (asal ada cukup la).

Paling penting, Bro nak gunakan kamera ini untuk buat video. Ia boleh merakam video pada kadar HD 720p resolution.

Selama ini, buat video guna kamera bertelefon, penuh memory telefon dengan video sahaja.