You are here
Home > Tip Rumah Tangga > Untung Suami Pandai Masak

Untung Suami Pandai Masak

Bila Suami Masak di Dapur
Bertuah seorang isteri itu bila memiliki suami yang rajin masuk dapur dan pandai masak.

Tapi malang bagi seorang isteri itu bila, suaminya memang rajin masuk dapur, pandai memasak pula itu. Tapi malas nak kemas dapur lepas masak.

Malang tak?

Ke masih bertuah lagi?

Sebab si suami yang masak, si isteri pula yang kemas. Masing-masing berkerjasama dekat dapur he..23x Sejuk rumah tangga kalau begitu.

Tetapi hangat rumah tangga itu bila si suami dan si isteri berebut nak guna dapur.

Masing-masing nak tunjuk kehandalan dan pandai kritik masakan orang lain. Macam juri dalam MasterChef Malaysia.

Chicken Soup NoodleAlhamdulillah gua dari kecik dah reti masak. Walaupun masak entah apa-apa entah.

Cuma lately gua rajin masuk dapur dan masak sup ayam setiap hari. Sampai puan isteri dah naik muak makan sup ayam.

Itu je yang gua mampu tak kala pak menteri terpaksa ikat perut sebab nak berjimat cermat.

Kenapa sup ayam? tak buat sup cendawan ke, sup sayur ke, sup daging (qurban) ke?

Sebab sup ayam je kot yang boleh menyihatkan Bro ketika ini. Sedap pula tue, siap boleh kongsi dengan baby fisha lagi.

So sekali masak, isteri dan anak boleh makan bersama.

Cuma sideline je yang berbeza he…23x

Parah bila 3-4 bulan ini duit masyuk tak masyuk je. Kalau kumpul semua payment yang tak dapat nie, Boleh buat downpayment rumah. Tapi xde harapan la duit itu nak masuk sedebuk gitew.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

37 thoughts on “Untung Suami Pandai Masak

  1. Kalau nak memasak perlu tengok berapa orang untuk makan kerana perlu diimbang dengan kos bahan memasak dan makanan yang disiap masak.

    Sekarang ini sudah banyak pes segera tinggalkan masukkan bahan dan ada yang tinggal hendak dipanaskan sahaja.

  2. alah dia rajin masak perok jer. tak apa awok suka juga masa kalau time tak sihat boleh di harapkan nghee..

    bro sup kaki ayam satu 😉

    selamat hari jumaat

  3. memang untung sangat… sepupu Miera kerja sebagai doktor.. suami arkitek.. sepupu Miera jarang sekali masak pasal selalunya suaminya yang masak… kalau open house pergi rumah dia pun menjamu selera masakkan suami sepupu saya… sedap!!!!!

    1. Oh, kalau bro pulakkk.. open house… biar je la puan isteri yang masa.. segan nak bg orang lain rasa masakan sendiri. Risau ada yang jatuh hati pula… Payah nak tambah cawangan he…23x

Leave a Reply

Top