You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Terima Tawaran Kerja Lebih Baik Atau Tidak

Terima Tawaran Kerja Lebih Baik Atau Tidak

peluang pekerjaan yang lebih terjamin
Sebenarnya, Bro sendiri berada dalam dilema.

Sama ada nak terima tawaran kerja yang lebih baik atau setia dengan pekerjaan Bro sekarang ini. Tak sangka, bertubi-tubi tawaran Bro terima, walaupun Bro tak pernah mohon.

Rezeki kata orang.

Kalau ikutkan tawaran yang terbaru Bro terima, banyak kelebihannya :-

  • EPF (Kalau ikutkan dah bertahun Bro tak dapat EPF)
  • Kemudahan perubatan (termasuk untuk anak sendiri)
  • Elaun Perjalanan boleh claim
  • Elaun itu ini
  • Bonus
  • etc

Kalau dengar, mesti rasa macam “Woooowwwwwwww….!!!”

Janji Tidak Serupa Bikin

Boleh dikatakan kebanyakan company akan menjanjikan benda yang sama seperti ini.

Tetapi….!!!

Berbulan-bulan kerja, kenkadang masuk tahun. Baru sedar, ianya hanya janji-janji kosong sahaja.

Itu pun sebab pandang kiri kanan, kebanyakan muka-muka umur lebih kurang sebaya atau lebih muda. Yang tua-tua kebanyakan jawatan lebih tinggi dan lebih stabil. Anda pula?

Bila anak selalu sakit, jadi isu lain pula. Company tak boleh nak tanggung then terpaksa berhentikan kita kerja sebab kita tidak boleh nak bagi komitment pada kerja sebab nak jaga anak yang sakit.

Itu la yang terjadi pada salah seorang kenalan Bro. Sian dia diberhentikan kerja sebab nak jaga anak dia yang sakit.

Belum lagi kes, claim elaun. Terpaksa guna dulu duit sendiri, sekali nak claim ambil masa berbulan-bulan. Belum lagi ditanya itu ini + cut-cut benda yang mereka rasa tak relevent.

Ish….23x

Dugaan Berhenti Kerja Tanpa Pampasan

Notis Berhenti Kerja

Nak blah cari kerja lain, macam susah je. Kena bagi notis berhenti kerja 2-3 bulan awal jika tidak, no gaji atau kena bayar 2 bulan gaji kepada company.

Itu yang terjadi pada rakan gua.

Bila dapat tawaran yang lebih bagus, walaupun dah berbelas tahun kerja dekat company “itu”

Kenaikan gaji setiap tahun, macam tak terasa sangat.

Bila berhenti pula, tiada dapat gaji (itu normal), sekali bala lain menimpa pula. Pasangan hidup pula diberhentikan kerja. Nak tunggu gaji dari syarikat baru, lambat lagi. Anak pula dah besar-besar dan memerlukan duit.

Siap kena bayar balik 2 bulan gaji kepada company lama.

Buat sesetengah orang fikir panjang nak berhenti ke idak, lagi-lagi bila dalam tangan tiada duit. Dan terasa company sekarang macam dah goyah, bila-bila masa sahaja kita akan diberhentikan kerja.

Bro pernah kena, notis 24 jam lagi.

Terseksa juga, bila waktu itu baru nak plan tetapkan tarikh perkahwinan dengan ex-tunang Bro. Habis duit simpanan waktu itu.

Pekerjaan Lebih Baik Belum Tentu Yang Terbaik

Pekerjaan yang lebih baik, dengan gaji yang lebih baik. Belum tentu ianya pekerjaan yang terbaik untuk anda.

Kenapa pula Bro cakap macam nie?

Bayangkan, anda dapat pekerjaan yang baik. Gaji boleh tahan, waktu kerja dari pukul 10 pagi – 6 petang.

Workaholic Bawa Kerja Balik Rumah

Tetapi hari-hari anda balik rumah pukul 10 malam, keluar rumah pula pukul 8 pagi (itu pun jalan jem teruk) so kenkadang lagi awal. Pukul 6 pagi (matahari pun tak terbit lagi) dah kena keluar rumah, pergi hantar anak sekolah then terus ke tempat kerja.

Bak anda ini kerja tak nampak matahari bila keluar kerja dan balik kerja.

Belum lagi kes, hujung minggu pun kena kerja lagi.

Tiada OT atau bonus walaupun anda kerja lebih masa bertungkus lumus menyiapkan semua kerja yang anda untuk kepentingan syarikat.

Kadangkala perlu bawa kerja balik rumah.

Bila masa anda untuk keluarga, untuk berehat, untuk diri sendiri? Kalau bujang lagi, mungkin tiada masalah. Bila dah kahwin, tanggungjawab dah berbeza.

Bicara Bro : Bukan tak nak terima tawaran yang diberikan. Banyak faktor juga yang perlu dititik beratkan dan dipertimbangkan. Antaranya, yang dinyatakan diatas, walaupun simple, harap boleh buka mata korang semua.

Lagi satu, bila tahu berapa mereka sudi bayar buat Bro terfikir sejenak. Nampak gayanya macam tipis je harapan nak dapat subsidi minyak tahun depan he..23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Terima Tawaran Kerja Lebih Baik Atau Tidak

  1. Bab membuat pilihan macam ni memang susah.. Kalau tersalah pilih, teruk jugak hidup nanti.. Kena fikir masak2 dulu sebelum terima apa2 tawaran atau tinggalkan apa yang dah ada sekarang..

    Semua orang nakkan yang terbaik.. Kadang2 ada sesetengah tawaran tu nampak macam terbaik tapi tak seperti apa yang kita nampak.. Dah masuk dalam situasi tu baru kita tahu.. Ramai juga yang menyesal tak sudah bila tersalah terima tawaran.. Kalau boleh kembali semula ke tempat lama, takde masalah..

    Nak terima tawaran kerja ni banyak faktor perlu fikirkan.. Kalau tak dapat nak buat keputusan, mohon pada Allah supaya diberi petunjuk yang terbaik dalam menentukan hala tuju hidup kita..

  2. kena tolak campur darab bahagi, tengok semua faktor, kena tengok company profile juga dan bidangnya. mesti ada kelebihan dan kekurangannya makan gaji. semoga bro buat keputusan yg terbaik buat bro, bro yg lebih tahu.

Leave a Reply

Top