You are here
Home > Iklan > Shell FuelSave 2014 Akhir – Rakan Blogger Dapat Tempat Ke-3

Shell FuelSave 2014 Akhir – Rakan Blogger Dapat Tempat Ke-3

Juara Shell FuelSave Challenge 2014
Cabaran Shell FuelSave 2014 telah tamat secara rasmi.

Dimana Muhammad Kamal Asyraf dinobatkan sebagai juara setelah mencatatkan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir.

Meletakkan satu-satunya wakil blogger, Hafiz Rahim selaku juara wilayah tengah berada di tempat ke-3.

Hafiz Rahim - Shell FuelSave 95 Challenge

Tak pe Bro…!!

Lu kalah tipis je tue, tahun depan cuba lagi. Atau bagi can pada blogger-blogger lain pula he…23x

Dalam Pusingan Akhir yang diadakan di Saujana hari ini, Muhammad Kamal yang juga merupakan pemenang wilayah Pantai Timur bertarung dengan tiga lagi pemenang wilayah, dan akhirnya dinobatkan sebagai juara selepas mengharungi perjalanan berjarak 90km yang ditetapkan.

Cabaran ini telah kembali bagi tahun keenam dan menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa penjimatan bahan api bukannya sesukar yang dibayangkan dan dapat dicapai menerusi pengamalan Petua Shell FuelSave serta penggunaan bahan-bahan api Shell yang direka untuk tahan lebih lama.

Peserta Shell FuelSave Challenge 2014

Acara tahunan ini merupakan antara inisiatif Shell Malaysia terpenting untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu Malaysia, di samping menunjuk kepada mereka betapa senangnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan lebih bijak.

Cabaran yang bermatlamat mencari pemandu yang paling cekap ini bermula pada Julai tahun ini dengan cabaran wilayah di Johor, dan diikuti dengan Penang, Kuala Lumpur dan akhirnya Kuantan.

Shell Fuelsave Challenge 2014 Finale

Keempat-empat finalis telah mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari di cabaran wilayah dalam Pusingan Akhir dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport,

Kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.

Anda boleh berkongsi pandangan anda mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.

Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Shell FuelSave 2014 Akhir – Rakan Blogger Dapat Tempat Ke-3

Leave a Reply

Top