April 18, 2024

Sabun Pencuci Joy Berupaya Membasuh Pinggan Hingga Ke Singapura

Sabun Pencuci Joy
Betul ke sabun pencuci Joy berupaya membasuh pinggan hingga ke Singapura?

Ini merupakan sabun pencuci Joy yang ketiga Bro gunakan sejak dapat percuma pada bulan Jun 2014. Tapi sampai la nie, tak sampai-sampai lagi ke Singapura. Tipu ek?

Selamat semua sabun Joy ini dapat percuma. Kalau tidak….!!!!

Ini merupakan jawapan yang Bro temui sewaktu Google

Fakta Mengenai Iklan Sabun Pencuci Joy

Berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.

  1. Diorang cuma keliling Stadium Nasional Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
  2. Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.

Fakta Dari Joy

Mereka berjaya mencipta sejarah dunia dengan memecahkan GUINNESS WORLD RECORDSTM bagi barisan pinggan bersih terpanjang di dunia.

Sebanyak 26,213 pinggan yang bersih dicuci mengelilingi trek Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan jarak sejauh 6.8 kilometer, bersamaan dengan perjalanan dari Malaysia ke Singapura dan kembali. Rekod dunia terbaru itu dicapai dengan hanya sebotol JOY 800ml.

Procter & Gamble,

Syarikat di sebalik cecair pencuci pinggan mangkuk revolusi ini, turut menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan hidangan nasi lemak percuma bagi menjayakan rekod pecah dunia ini.

Pinggan-pinggan yang digunakan dalam hidangan tersebut kemudiannya dikumpul balik, dicuci dengan sebotol JOY yang sama dan diatur di sepanjang trek stadium.

Bicara Bro : Macam teringin je nak jejak kaki ke Singapura. Tapi macam tak mampu je, bila tengok nilai mata wang dan kos untuk hidup disana. Balik hari boleh la kot.

Kenapa Joy tak buat contest hadiahnya bercuti di Singapura 3 hari 2 malam. Baru kena dengan iklan mereka dekat TV.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Sabun Pencuci Joy Berupaya Membasuh Pinggan Hingga Ke Singapura

  1. hahahaha klu betul Ya, kita yg duk sebelah Singapura ni haa hari2 sampai sana hahahahaha…tapi pencuci dia bagus la, pinggan jd kilat dan bersih tau..jimat pun ye juga…

  2. Singapura? Bekas negeri ke-14 yang berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, kan? Aduh, kalau tak kerana Tunku Abdul Rahman, Singapura masih lagi menjadi milik Malaysia pada hari ini! ?

Leave a Reply to Anarm Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *