Isteri Pandai Main Gitar
Kalau ikutkan, Bro minat gadis atau awek yang pandai bermain gitar dan menyanyi seperti Yunalis Zarai, Najwa Latif (bawah umur lagi waktu itu), Ana Raffali dan Ainan Tasneem.

Dalam ramai-ramai ini, hanya Najwa Latif dan Ana Raffali sahaja pernah Bro tengok persembahan mereka secara live dalam jarak 2 meter. Tapi hanya Ana Raffali sahaja yang sempat Bro rakam dia main gitar.

Korang boleh usha video dia dekat sini.

Tak sangka pula isteri gua pun pandai main gitar, tapi depan gua macam malu-malu kucing nak main gitar dan menyanyi.

Iera Kan - Gitar Bertanda Tangan Heliza Helmi

Ini gitar kesayangan beliau ketika dizaman Universiti.

Tak pasti sebab apa dia cat gitar dia warna putih. Tapi yang pasti, ada tanda tangan Heliza Helmi pada gitar dia.

Bro?

Errrr Memang tak reti main gitar. Begitu juga dengan alat muzik yang lain.

Menyanyi?

Bak kata puan isteri, kalau Bro menyanyi ikut suka hati je. Lirik salah, kadangkala boleh remix 2 lagu lagi (suka-suka hati gabung lagu orang jadi satu lagu).