March 19, 2024

Menghormati Lagu Kebangsaan – Negaraku

Berdiri Menghormati Lagu Kebangsaan - Negaraku
Sepanjang bulan kemerdekaan baru-baru ini, berapa ramai antara anda yang berdiri menghormati lagu kebangsaan – Negaraku sebelum movie start di pawagam?

Jika anda rasa, ianya menyusahkan atau rasa ianya perkara remeh temeh sehingga anda tidak menghormati lagu kebangsaan – Negaraku. Apa kata korang keluar dari Malaysia atau jangan gunakan sebarang subsidi yang diperuntukan untuk rakyat Malaysia.

Ada berani tak?

Cukuplah sekadar berdiri sahaja sebagai tanda anda menghormati lagu kebangsaan – Negaraku.

Bukan susah pun.

Sambil itu , mulut buat miming. Tak perlu nak nyanyi kuat-kuat macam anda sewaktu tadika/sekolah dulu.

Tapi bikin malu je, bila budak-budak taska depan rumah Bro setiap hari boleh je nyanyi lagu kebangsaan – Negaraku, termasuk lagu-lagu patriotik yang lain seperti Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.

Bro tengok dalam acara sukan ataupun upacara antarabangsa. Semua orang boleh berdiri menghormati lagu kebangsaan negara lain. Nak katakan mereka reti menyanyi, memang jauh sekali.

Baru-baru ini, Bro sertai festival di Indonesia sebagai media. Sewaktu lagu kebangsaan Indonesia dinyanyikan, media asing semua bangun memberikan perhormatan.

Apa pula alasan anda untuk tidak menghormati lagu kebangsaan sendiri?

Malam tadi,

Bro berjaya buat puan isteri berdiri tegak menghormati lagu Negaraku yang dimainkan di TV3 lebih kurang pukul 2.30 pagi sebelum siaran tamat.

Anda pula?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Menghormati Lagu Kebangsaan – Negaraku

  1. Masa sekolah kita di ajar & mempratikkannya tapi abis sekolah bukan semua ikut apa yang di ajar.. Mungkin faktor politik yg kucar kacir buat Rakyat malaysia jadi hilang hormat pada lagu negaraku. Yelah golongan taksub ni.. kita tak boleh ramal kadang2 dia tak boleh beza negara & parti politik dalam negara

  2. kami 3 beranak berdiri dalam pawagan itu sekali masa sambut merdeka tahun lepas tahun ni dalam pawagam juga masa sambutan hari malaysia.song kuat-kuat ar juga lepas rindu katanya..

    1. kalau alarm hp bunyi lagu negaraku.. cer bayangkan tersedar terus berdiri tegak.. hehehe.. yang tengok pun mesti segar biji mata.. ;)

    1. Kalau dicampur adukkan.. Risau nanti, pembangkang take over negara… lagu negaraku pun mereka minta dorang tukarkan.

      Silap hari bulan.. Bendera Malaysia pun ada yang cadangkan tukarkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *