April 25, 2024

Kerana Duit, Kita Hilang Kawan

Kerana Duit, Kita Hilang Kawan
Kerana duit, kita mudah dapat kawan dan hilang kawan.

Kenapa Bro tertiba cakap benda seperti ini? Kalau ikut, benda ini tiada kaitan pun dengan Bro (tipu la, ada la sikit-sikit). Tapi Bro hanya nak ceritakan apa yang Bro nampak terjadi pada kenalan Bro.

Kasihan pun ada.

Nampak sangat bila dia ada duit, ramai yang datang dekati dia.

Bila dia tiada duit, sorang per sorang blah dari hidup dia. Ada girlfriend, itu pun dah angkat kaki awal-awal. Ada kawan rapat, try hubungi pun macam tak dapat respon positif. Inikan pula dengan kawan yang tak beberapa nak rapat.

Sana sini, orang cari tuntut duit dari dia.

Bank la, orang la, ah long la, ah lang la, ah so la…. (gua tertiba dah start merapu)

Bro pernah nampak kes yang ada kaitan dengan duit.

Bro listkan je dekat bawah, jika korang nak tambah pun boleh. Hak korang, sebab Bro tulis entry ini bukan kerana duit. Cuma nak luahkan apa yang Bro nampak tentang penyakit masyarakat zaman sekarang yang ada kaitan dengan duit.

Kerana Duit

  • kita hilang kawan
  • kita hilang kekasih
  • kita hilang keluarga
  • kita hilang pegangan hidup
  • kita hilang harga diri
  • kita hilang sifat merendah diri
  • kita hilang hati sebagai seorang manusia
  • kita hilang akal
  • ….
  • ..
  • .

Tetapi bila kita dah punyai keluarga, dah mempunyai tanggungjawab yang bakal dipersoalkan nanti di akhirat kelak. Maka duit atau erti kata lain, nafkah perlu diutamakan untuk mereka.

Jangan pula kerana duit,

Anda hilang isteri/suami atau anak anda. Pastikan mereka cukup makan, pakaian dan tempat berteduh. Walaupun anda perlu mengikat perut.

Itulah pengorbanan paling mulia untuk anak dan isteri anda. Asalkan nafkah yang anda berikan bukan dari sumber yang haram he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Kerana Duit, Kita Hilang Kawan

  1. Waktu susah kita akan tahu kawan sebenar. Saya pun pernah mengalami keadaan yg parah ke parit mcm tu. Syukur masih ada keluarga, saudara & sahabat yg membantu. Alhamdulillah.
    Bab kawan ni mmg berhati2 lepas tu…

  2. Betul tu bro…ingat nak up entry mcm ni juga bro, alkisah ttg duit kawan datang meminta2, tak malu pun ada kawan cm tu, haishhh pe nak jadi…kerana pinjam duit kepercayaan kawan itu mulai pudar bro.

  3. Pernah da selalu jadi dlm hdup sy..hehe. Sakit sebenarnya. Tapi dari situ kite kenal sape kawan sebenar..Alhamduliilah jumpa kekasih hati yg sanggup susah senang bersama.

  4. Kerana duit adik beradik pun putus hubungan….kerana duit ramai yang jadi janda…ramai jugak jadi duit…as for me..duit x menjanjikan bahagia pun…hidup seadanya..

  5. Pesan ulama dari salah sebuah kitab tasauf
    Orang yang dikelirukan oleh syaitan tidak dapat mengenal sahabat yang benar-benar mengajak kepda petunju.Syaitan membuat dia jadi bingung lalu menyangka bahawa dia sudah berada di jalan yang lurus sedangkan dia telah tersalah jalan.Sahabat memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang mencari yang hak
    Petikan dari kitab al hikam

Leave a Reply to Dr Salwa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *