Kerana Duit, Kita Hilang Kawan
Kerana duit, kita mudah dapat kawan dan hilang kawan.

Kenapa Bro tertiba cakap benda seperti ini? Kalau ikut, benda ini tiada kaitan pun dengan Bro (tipu la, ada la sikit-sikit). Tapi Bro hanya nak ceritakan apa yang Bro nampak terjadi pada kenalan Bro.

Kasihan pun ada.

Nampak sangat bila dia ada duit, ramai yang datang dekati dia.

Bila dia tiada duit, sorang per sorang blah dari hidup dia. Ada girlfriend, itu pun dah angkat kaki awal-awal. Ada kawan rapat, try hubungi pun macam tak dapat respon positif. Inikan pula dengan kawan yang tak beberapa nak rapat.

Sana sini, orang cari tuntut duit dari dia.

Bank la, orang la, ah long la, ah lang la, ah so la…. (gua tertiba dah start merapu)

Bro pernah nampak kes yang ada kaitan dengan duit.

Bro listkan je dekat bawah, jika korang nak tambah pun boleh. Hak korang, sebab Bro tulis entry ini bukan kerana duit. Cuma nak luahkan apa yang Bro nampak tentang penyakit masyarakat zaman sekarang yang ada kaitan dengan duit.

Kerana Duit

  • kita hilang kawan
  • kita hilang kekasih
  • kita hilang keluarga
  • kita hilang pegangan hidup
  • kita hilang harga diri
  • kita hilang sifat merendah diri
  • kita hilang hati sebagai seorang manusia
  • kita hilang akal
  • ….
  • ..
  • .

Tetapi bila kita dah punyai keluarga, dah mempunyai tanggungjawab yang bakal dipersoalkan nanti di akhirat kelak. Maka duit atau erti kata lain, nafkah perlu diutamakan untuk mereka.

Jangan pula kerana duit,

Anda hilang isteri/suami atau anak anda. Pastikan mereka cukup makan, pakaian dan tempat berteduh. Walaupun anda perlu mengikat perut.

Itulah pengorbanan paling mulia untuk anak dan isteri anda. Asalkan nafkah yang anda berikan bukan dari sumber yang haram he…23x