Mercedes Petronas F1 2014

Tak sangka Petronas melangkah setapak kehadapan dalam dunia perlumbaan Formula 1 (F1) pada musim 2015 nanti.

Dimana kerjasama selama ini diantara Petronas dengan pasukan Mercedes AMG Petronas meletakan Petronas sendiri kehadapan dengan beberapa kejayaan pasukan ini mendominasi setiap perlumbaan musim ini.

Bagi musim 2015 ini.

Beberapa pasukan F1 yang menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mercedes-Benz diwajibkan menggunakan minyak dari Petronas dalam perlumbaan mereka. Ini termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui.

Sumber : Gabra.MY

Antara pasukan yang akan menggunakan enjin Mercedes musim 2015 (Selain pasukan utama – Mercedes AMG Petronas)

  1. Williams
  2. Force India
  3. Lotus F1 (tahun ini masih menggunakan enjin dari Renault)

Manakala McLaren yang selama ini menggunakan enjin dari Mercedes bakal menggunakan enjin Honda untuk musim hadapan setelah 7 tahun tiada penglibatan Honda dalam perlumbaan F1 (pasukan terakhir menggunakannya – BAR Honda).

McLaren membuat keputusan untuk menggunakan engin Honda pada jentera F1 mereka sejak awal tahun 2013 selepas Mercedes ingin menubuhkan pasukannya sendiri.

Musim ini kebanyakan jentera yang menggunakan enjin Mercedes mendominasi perlumbaan.

Manakala Renault gagal menyerlah dimana sebelum ini banyak membantu pasukan Red Bull Racing menjadi juara dunia berturut-turut.

Begitu juga dengan Ferrari