You are here
Home > Jalan Cari Makan > ICT Warong Pok Nong, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

ICT Warong Pok Nong, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

Ikan Celup Tepung Warong Pok Nong
ICT Warong Pok Nong? Apa ke bendanya ICT tue?

Adakah ianya bermaksud “Information and Communications Technology” ataupun Warong Pok Nong ini lebih kurang sama dengan ICT (iCity) dekat Shah Alam tue?

2-2 pun bukan. ICT ini bermaksud Ikan Celup Tepung yang merupakan menu wajib dicari sekiranya turun ke Kuala Terengganu. Lokasi yang kami tuju adalah Warong Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Kalau ikutkan, tahun lepas sebenarnya Bro datang ke sini (sewaktu travelog Terengganu tempoh hari).

Sotong Celup Tepung Warong Pok Nong

Selain ikan,

Terdapat juga Sotong Celup Tepung. Begitu juga dengan udang dan lain-lain.

Yang paling popular disini?

Semestinya Sotong Celup Tepung. Sotongnya besar dan segar-segar pula tue. Terasa berbaloi sangat datang ke sini untuk merasainya.

Malangnya,

Kebanyak pelangan yang datang ke sini, bila nak ambil makanan, semuanya nak berebut. Rupanya itu merupakan tradisi disini.

So kalau korang nie baru 1st time ke sini. Harap tak kena culture shock tertiba ek. Risau ada pula yang trauma, terus tak berani nak datang makan dekat sini.

Jom usha video yang sempat Bro rakam dulu.

Jun 15, 2013 | Warong Pok Nong – Ikan & Sotong Celop Tepung. Tradisi nak makan sini, memang kena berebut ๐Ÿ™‚ by Broframestone on Keek.com

3-4 round juga terpaksa menunggu untuk dapatkan seketul sotong.

Memang mencabar. Bro sempat ambil video sahaja. Tak sempat nak ambil gambar. Sebab ghairah sangat nak berebut (sebab ada awek berebut sama kot he..23x)

Menikmati ICT Warong Pok Nong

Nampak tak puan isteri sedap-sedap je menikmati mee goreng (sebab mee tak perlu berebut, order sahaja) dan enak dimakan bersama Sotong/Ikan Celup Tepung tadi.

Sila abaikan awek yang nak menguap dekat belakang tue. Pandai Bro cari port untuk cuci mata he..23x

Anda juga boleh order air jagung dan juga air kelapa disini.

Teman Menikmati ICT Warong Pok Nong

Tidak lupa pada rakan blogger – Deq Noor yang awal-awal lagi dah update entry tentang Warong Pok Nong.

Begitu juga dengan Abe Cha dari Felda Residence Kuala Terengganu yang sudi jadi driver kami sepanjang kami berada di berada di Kuala Terengganu ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “ICT Warong Pok Nong, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu

  1. Tak pernah makan lagi ikan celup tepung mcm tu, tp dpt bayangkan kesedapannya. Boleh note ni klu ada peluang jln2 cari pasal kat area tu, kena singgah ni… selera tengok.. ๐Ÿ˜€

  2. Warung ni memang femes… Pernah pergi, kalau dah pergi memang banyak la habis.. hahaha… Memang besttttt.. Next time nak mari ganu kabo la ke deno awa2.. bleh juppe kalo takdok hal.. hehehe hebak op ICT ganung….

Leave a Reply

Top