March 29, 2024

CPUV atau BE Nuffnang Banyak Tapi Mandul


Kalau ikutkan, dah bertahun tak cerita pasal Nuffnang dekat blog ini.

Kali terakhir guna iklan nuffnang di blog ini pada tahun 2011, selepas kecewa dan ada syarikat pengiklanan yang boleh bagi lebih banyak dari apa yang Nuffnang sudi berikan pada Bro satu masa dahulu.

Bukan niat nak curang.

Cuma kecewa yang amat sangat. Bila berbulan-bulan, tiada rezeki masuk dari Nuffnang.

Jemputan event pun tak dapat seperti selalu.

Pelik juga waktu itu.

Tapi x apa, tak salah pun cuba perkhidmatan syarikat lain. Walaupun income sebulan tiada la beribu, tapi dapat juga cash out setiap bulan secara automatik. Just check akaun bank je tiap-tiap bulan.

Cuma baru-baru ini,

Ada blogger yang bersuara lantang membangkit isu tentang berbaloi ke pasang iklan Nuffnang dekat blog jika tiada sesen pun income datang ke blog.

Waktu itu, terbaca salah satu komen dari rakan blogger yang sekarang sedang menetap di Jepun, “Iklan mengiklan secara percuma dekat blog dia (maksudnya tiada income), tetapi selamat income dari Google Adsense banyak membantu.

Terus tertiba Nuffnang bermurah hati bagi ramai blogger CPUV atau dulu lebih dikenali sebagai BE.

Bukan satu atau dua CPUV @ BE. Tetapi berderet-deret masuk mendadak. Cuak ke apa ini (maaf, gua bukan nak bikin kontroversi). Tapi untuk mendapatkan kepercayaan ramai, perlu jaga hati ramai pihak juga kan.

CPUV @ BE dari Nuffnang

CPUV BE Nuffnang

OK, diatas Bro tayangkan CPUV @ BE yang Bro pasang dekat salah satu blog yang Bro kurang aktif.

Alhamdulillah, berderet-deret masuk bulan ini. Jika sebelum ini, ada la seketul dua sahaja CPUV @ BE yang melekat dekat blog Bro lagi satu itu.

Murah rezeki semua blogger-blogger yang pasang iklan Nuffnang bulan ini. Tapi bak kata salah seoang blogger yang Bro kenal, “BE banyak tapi mandul” yang bermaksud, iklan ada,cuma tiada income masuk. Sebab iklan keluar time tiada orang masuk ke blog.

Tempoh hari, ada beberapa iklan CPUV atau BE dari Nuffnang just dapat kumpul RM0.01

Gila apa…!!!

Tak kan la sepanjang kempen berlangsung selama seminggu hanya dapat income sebanyak RM0.01 sahaja…!!

Jika satu ketika dahulu. 1 CPUV atau BE, Bro boleh dapat dalam beberapa ratus paling koman pun beberapa belas ringit sepanjang tempoh kempen.

Jauh sangat bezanya. Mandul ka?

*******

********

Dan entry ini dijadikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 40″. Banyak rupanya luahan hati seorang blogger nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

68 thoughts on “CPUV atau BE Nuffnang Banyak Tapi Mandul

  1. Alhamdulillah. Ada rezeki aku dengan Nuffnang walaupun sikit. Tapi earning lagi better la daripada sebelum ni. Ada peningkatan. Sebab tu aku masih pasang iklan Nuffnang kat blog.

  2. blogger berpengaruh mainkan peranan untuk tolong jadi suara blogger kecil kecilan macam kami ni. even kami bersuara pihak Nuffnang takkan pandang tapi bila blogger berpengaruh bersuara.. mereka akan take action sikit sebab dah nama pun ada pengaruh so sikit sebanyak boleh jejaskan mereka kalau mereka tak mengubah trick tu. Bukan anti ke apa… bila blogger tayang earning yang puluh ribu riban tu seolah2 bagi harapan indah yang kosong pada blogger2 kat bawah ni. pacak banner bukan 1 tapi 3 banner tapi ada yang setahun nak cukup RM50 pun susah.. tolong kesian pada blogger2 biasa macam kami. Jangan terus menipu blogger baru.. yg lama maybe dah tahu permainan nuffnang even mereka masih setia sebab tu je yg depa layak pacak banner. Yg lain2 syarat dia mungkin tidak layak bagi dorang lagi.Terima kasih pada bro jugak untuk entri ni.Kalau ada blogger2 lain yang ada pengaruh kuat tu berpengalaman dengan nuffnang hope akan ketengahkan isu ni jugak. Pengajaran buat nuffnang jadi buli blogger

  3. Haa… aku dah 3 tahun pacak nuffnang kat blog… collection br lps utk cashout… pernah 5 6 kali dpt CPUV tp hasilnya 0.01 sen setiap satu… paling tggi hasil CPUV penah dpt pun bwh RM10…

  4. Saya pun terpaksa buang nuffnang..time trafik takdak earning ada naik..time trafik laju earning naik ciput macam trafik takdak.. tapi yang perasannya bila trafik maintain tinggi cepat jer cpuv expired..tak larat nak bayar le tu

  5. Saya setuju kot nuff dah mandul. haha.

    Dulu tahun 2010, banyak jugaklah dapat untuk satu2 iklan tapi sekarang ni BE banyak tapi income. Aduh.. Setahun baru dapat cashout(padan la blog tak aktif). Hehe.

  6. Emmm..samelaa..leya pun sejak akhir2 cpuv xdpt..terpakse leya cari lain.. selama ni leya setia..tp disebabkan dah xbergerak kene cr alternatif lain..huhu

  7. Assalammualaikum… bro,

    memang benar apa bro cakap .. nuffnang banyak cpuv tapi ‘mandul’ .. earning sedih.. tapi boleh lah daripada takder… haha tgh nak fikir nak ambik daftar iklan geniee..

    mselim3

  8. Hadoiii…. aku dalam 8 bulan adalaa dapat rm60.. sobs… tapi takpe…. aku anggap rezeki je tu bro…. muahahahhaha…. betapa bersangka baiknya aku ni… ngehngeh…

    (tapi setuju gak, bab mandul tu)

  9. Assalam bro, lama x komen sini…tp entry ini sangat2 berani…syabas…harap kalau boleh tag terus pada pihak nuff lg bagus…mmg julia pun dpt berderet nuff…tp nak dpt bentuk ringgit jgn haraplah..setakat sesen satu nuff ada la…tu sebab tak pernah nak cash out…hjg thn baru nak cash out…ish tp sumber mana iklan yg lg membantu eh…saya buat review produk dan brand mcm2 lg untung dari pasang iklan dlm blog…

  10. tak kisah je.. nma pun pndptn smpingn… bg yg mmg kerjya sbg blogger mmg x blh nk hrp kt income dr nuff je… tpi blogger yg biasa2 ni, ok je… ada xde terima seadanya…

  11. dgn nuffy ni… kna selalu htr tiket soalan atau kritikan… baru laju dia bg earning… akk dah buang nuffy… malasla. tgk fikir2 apa yg lebih bagus. sbb blog akak tu pun bukannya best sgt pun… Org xheran pun… hehe…

  12. Dah lama perasan. Lately memang tak subur nuffnang. BE dekat sebulan tapi amount tak sampai singgit…ppffttt…Bagi BE berderet², tapi iklan muncul time orang dah berdengkur. Kami blogger picisan harapkan income nanang jer lah. Saya sendiri bertahun kumpul duit nanang. Alhamdulillah…tetap bersyukur.

  13. okela dari nk mohon GA x lepas blog otai2 boleh la pkai innity sume tuh…
    percaya nuff dari komli dan genie.. skunk di bermurah hati biar je kite tengok je hehehehe..

  14. Memang byk BE masuk tapi macam yg bro cakap.. Dia keluar time tak ramai org masuk ke blog.. Taktik apakah ini? Prefer lagi Blogbuster Campaign dari CPUV.. Tapi apakan daya.. Dah lama tak dapat Blogbuster campaign.. Huuuu.. T_T

  15. Nuffnang dulu dgn skg dah tak sama..dulu 1 cpuv blh dapat skurg2nya RM50 skg RM10 pun ssh nak dapat..sedih tgk nyer huhuu..dat y dah xsetia kena curang juga hehehee :D

Leave a Reply to Mieza Everdeen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *