Sepanjang lebih kurang 2 tahun jadi warga Bandar Tasik Puteri, Rawang
Baru hari ini berpeluang singgah ke Car Boot Sale Bandar Tasik Puteri (Sebenarnya baru tahu adanya benda ini dekat sini). Selalunya hujung minggu, kalau tak duduk rumah memang akan keluar ke Jusco atau KL.
Cuma hari ini, tergerak hati untuk ke pekannya.
Nampak macam meriah juga disini pada hujung minggu dengan aktiviti Car Boot Sale seperti ini.
Waktu perniagaan disini, if xsalah bro sehingga pukul 12 tengahari je.
Untung bagi mereka yang berniaga dikawasan redup sebab ramai orang lebih tertumpu disana (mungkin sebab matahari dah nak terpacak kot).
Teringin rasanya nak terlibat dengan aktiviti Car Boot Sale disini. Malangnya tak tahu nak jual apa, sekurangnya terisi sikit aktiviti hujung minggu dengan aktiviti berfaedah + ada income masuk.
he…23x
Kot-kot ada rakan-rakan yang sudi menyumbangkan idea atau nak berpakat buat business macam ini. Boleh rasanya kita bincang-bincangkan.
ini pula salah sebuah gerai yang lama sikit Bro singah.
Teringin nak beli anak pokok anggur yang dijual di sini. Jangan tanya Bro apa jenis anggur ada. Sebab nampak macam banyak jenis ada. Yang jenis berbuah ada banyak-banyak warna pun ada juga.
Salah satu yang bro ingat – Isabella
Tadi google tentang “Car Boot Sale Bandar Tasik Puteri” lalu terjumpa blog mereka – Floraslover.
Assalammualaikum… bro,
kalau kita ada buat bisness untuk blogger “carboot sale for blogger” best kan. Atau masa event2 blogger buat carboot sale dapat create bisness sesama blogger best gak kan… contohnya jual beg atau baju season ker… buku2 lama2 atau nursery ker..
mselim3
Bagus cadangan itu, tapi itu la. Ada banyak procedure juga sebenarnya. Lagi-lagi kalau buat dekat tempat awam.
Menjadi trend. Kawan saya jual tedy bear boleh dapat RM300 untuk jualan.
Kawan jual teddy bear? Macam kenal je…
menarik tu tanam anggur kat rumah…. nampak ramai orang meniaga, mesti seronok jalan2 ni.
Rumah sendiri agak panas…. So macam xsesuai tanam anggur..
bro event seperti ini membantu anak bangsa untuk berjaya dalam perniagaan. Perlu support mereka
Yup, now dah banyak tempat dah buat car boot sale macam nie. Terasa macam nak join sama pun ada nie
kawan saya ade join kat sini..jual baju kanak2, macam2 lagi lah…masyukkk tapi kene rajin dan kuat bekerja..
Yup kena rajin dan kuat juga… Erm plan nak cari supplier nie
walaupun adakalanya orang agak lari dari konsep asal car boot sale ni..tapi ia tetap seronok..pernah ikut member buat sekali…boleh tahan juga la masyuk dia..sambil-sambil lepak ujung minggu kan
Dia berniaga apa beb?
seronok jugak kalau dapat buat car boot sales macam ni.. Ada jugak income masyuk kan? Erm, nak jual apa ekk??
Rosmiza Ali Official Blog™
Itu la, tengah fikir nak jual apa dekat sini
Syok pula layan car boot sale ni ek..mcm2 hado
Lama tak pergi sini Bro.. lalu je pepagi hehee. Klu kat situ gua suka tengok satu group yg jual brg2 vintage. Bulan lepas, tak pasal2 gua beli lampu tahun 70an. Terpengaruh jadi pengumpul barangan antiklah pulak huhu.. :D
macam macam hado!!
Jual novel terpakai pun ok jugak bro…iera ada banyak novel x?hehehehe