car boot sale bandar tasik puteri
Sepanjang lebih kurang 2 tahun jadi warga Bandar Tasik Puteri, Rawang

Baru hari ini berpeluang singgah ke Car Boot Sale Bandar Tasik Puteri (Sebenarnya baru tahu adanya benda ini dekat sini). Selalunya hujung minggu, kalau tak duduk rumah memang akan keluar ke Jusco atau KL.

Cuma hari ini, tergerak hati untuk ke pekannya.

Nampak macam meriah juga disini pada hujung minggu dengan aktiviti Car Boot Sale seperti ini.

car boot sale bandar tasik puteri

Waktu perniagaan disini, if xsalah bro sehingga pukul 12 tengahari je.

Untung bagi mereka yang berniaga dikawasan redup sebab ramai orang lebih tertumpu disana (mungkin sebab matahari dah nak terpacak kot).

Teringin rasanya nak terlibat dengan aktiviti Car Boot Sale disini. Malangnya tak tahu nak jual apa, sekurangnya terisi sikit aktiviti hujung minggu dengan aktiviti berfaedah + ada income masuk.

he…23x

Kot-kot ada rakan-rakan yang sudi menyumbangkan idea atau nak berpakat buat business macam ini. Boleh rasanya kita bincang-bincangkan.

car boot sale bandar tasik puteri

ini pula salah sebuah gerai yang lama sikit Bro singah.

Teringin nak beli anak pokok anggur yang dijual di sini. Jangan tanya Bro apa jenis anggur ada. Sebab nampak macam banyak jenis ada. Yang jenis berbuah ada banyak-banyak warna pun ada juga.

Salah satu yang bro ingat – Isabella

Tadi google tentang “Car Boot Sale Bandar Tasik Puteri” lalu terjumpa blog mereka – Floraslover.