17,171,094 total views, 945 views today

Blogger Day Out : Code Factory – Classroom Murder

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Code Factory - Jaya Shopping Centre
Blogger Day Out yang dirancang last minute.

Kali ini, kami pakat reramai untuk menghubungkan sel-sel otak mencabar “Classroom Murder” di Code Factory, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya.

Kalau ikutkan pukul 8 malam kami dah patut berkumpul.

Malangnya pihak penganjur (yakni Bro) sangkut dalam jem yang luar biasa (hampir sejam juga la). So terpaksa guna jalan alternative (lalu kawasan perumahan dan lorong2 kecil) untuk sampai ke destinasi.

Code Factory - Classroom Murder

Sebagai tanda minta maaf, Bro ajak dorang bergambar dekat atas tue.

Sian dorang dah lama tunggu siap tak makan lagi (sure otak tak boleh nak berfikir sangat sebab lapar)

Tapi bukan Bro je yang datang lambat. Ada juga yang lain lambat lambat sampai.

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Terdapat 4 jenis cabaran disediakan disini :-

  1. Lost
  2. Classroom Murder
  3. Operation 174
  4. Burn Out

Hari ini, kami cuba Classroom Murder.

Sebabnya…..

Sebab Bro kena bawa Baby Fisha untuk bermain sama (nak sel-sel otak dia berhubung). Lagipun dalam bilik cabaran ini, ada banyak kerusi untuk Bro duduk jaga Baby Fisha sambil ummi dia bermain.

Bapa Mithali sangat….!!!

Lagipun Baby Fisha ok je duduk dan bermain sorang-sorang dalam tue. Tak de pula buat perangai, kecuali bila tiba masa dia nak minum susu.

Code Factory - Classroom Murder

Ok, ini la muka-muka blogger yang turut serta.

Tahniah korang “berjaya menyelesaikan” cabaran yang diberikan he..23x

Apa? Next time?

Ok je…. Asalkan korang sudi open table…

Promosi Oktober – Code Factory

Code Factory - Classroom Murder

Bagi rakan-rakan yang nak sel-sel otak dia berhubung pada bulan oktober ini.

Code Factory ada buat promosi dimana anda boleh mencubanya pada harga RM18 seorang per game (50% off dari harga asal). Harga asal, korang boleh refer pada entry terdahulu.

Tetapi ada charge tambahan akan dikenakan :-

  • Hint – RM5 per person
  • Answer – RM10 per person
  • Torchlight – RM10 per team
  • 5 Min Extend – RM 5 per person
  • Additional Photo – RM2 per photo

Anda juga layak dapat diskaun 15% jika membuat pembayaran menggunakan Touch n Go.

Code Factory – Jaya Shopping Centre

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Blogger Day Out : Code Factory – Classroom Murder

  1. seronoknya blogger day out…fisha pun ikut serta ye…bestnya dia…

  2. Kalau main pasti tak jumpa jalan keluar. 🙂

  3. guna T n G ada diskaun lagi. kena pastikan sel2 berhubung sebelum masuk sini…heee

  4. Migrain menyerang pada hari kejadian.. Nasib baik tak kompemkan nak gi ari tu.. Sebab memang tak dapek nak buat apa pun bila migrain datang.. Terbungkam merenung siling je sudahnya.. Huuu… T__T
    Rosmiza Ali Official Blog™

  5. Fuhh klu aku silap2 tak balik ni huhu.. best cabaran ni.. 😀

  6. kasi pecah kepala..hahaha..ada orang sesat tak dalam nie

Leave a Comment