April 16, 2024

Blog Terlalu Berat – Punca Kurang Pembaca

Timbang Berat Blog Anda
Tahukah anda, blog terlalu berat untuk diloading menyebabkan penulisan anda kurang pembaca.

Ramai yang kurang mengambil berat tentang blog sendiri berbanding dengan berat badan sendiri. Walaupun hanya naik 1kg, dah bising-bising nak diet seminggu. Bagi mereka, asal ada blog + cantik, dah cukup dah bagi mereka.

So hari ini,

Bro nak kongsikan betapa pentingkan penjagaan berat blog anda.

Blog Berat – Kurang Pembaca

Ramai yang tak sedar bahawa blog mereka berat sebenarnya.

Mungkin sebab internet mereka lebih laju berbanding orang lain ataupun faktor lain yang Bro sendiri malas nak cerita panjang lebar.

Line Internet Slow macam Siput Babi
Untuk pengetahuan korang (walaupun korang memang sedia maklum) liputan internet di Malaysia belum benar-benar memuaskan atau dengan erti kata lain, sekadar cukup syarat.

Line dan coverage ada. Tapi bertahun nak tunggu habis loading dek kerana ke”slow’annya. Bak kata orang, line ternet macam siput khinzir.

Dek kerana kelembapan ini, button “X” menjadi pilihan.

Punca Blog Menjadi Berat

Kalau ikutkan banyak punca kenapa blog menjadi berat.

Bukan sebab tak menjaga permakanan ataupun kurang bersenam. Selalunya berpunca dari pemilik blog itu sendiri (sesuka hati je Bro tujukan kesalahan pada korang he..23x)

Antara punca yang boleh Bro kongsikan :-

  1. Pemilihan template / theme blog yang sememangnya berat
  2. Penggunaan 3rd Party plugin / widget pada blog
  3. Penggunaan terlalu banyak plugin / widget
  4. Terlalu banyak banner iklan menari-nari
  5. Gambar yang digunakan dalam blog terlalu besar (ada yang upload gambar hingga bersaiz 1MB sekeping, seeloknya kecikan saiz gambar dalam lebih kurang 100kb sekeping sebelum upload dalam blog)
  6. …. korang tambah la sendiri (Bro bukan pakar blog)

Tetapi ada pula yang kata, blog mereka laju je loading dekat smartphone mereka.

Oh… Ye ke…!!

Itu mungkin kerana blog korang diconvert kepada mobile version secara automatik. Untuk blogspot rasanya tiada masalah, kerana menggunakan template mobile version yang sama dan ringan.

Bagaimana pula yang menggunakan blog berplatform wordpress?

Rasanya kebanyakan blogger yang guna wordpress pasti dah gunakan template / theme jenis responsive yang lebih mesra bagi pengguna smartphone dan tablet. Jika tidak, nampak sangat anda ketinggalan tentang perkembangan terkini WordPress.

Cara Nak Timbang Berat Blog

Menurut maklumat yang bro kutip dari blog mialiana.com, seeloknya jangan sampai melebihi 150KB (itu untuk penguna blogspot)

Apa kata korang check sendiri berat blog korang menggunakan aplikasi dibawah ini. Mudah saja nak gunakan.

Domain / URL Yang Ingin Disemak 

Masukkan satu URL dalam satu baris (Maksimum sehingga 10)

(contoh : www.broframestone.com)

Anda boleh bandingkan berat blog korang dengan blog rakan-rakan anda. Kemudian kongsikan berat blog korang dekat ruangan komen.

Tak tahu nak bandingkan blog korang dengan blog siapa? Meh bro cadangkan korang bandingkan dengan beberapa blog kepunyaan blogger yang popular di Malaysia :-

  1. www.broframestone.com (popular ke)
  2. www.mialiana.com
  3. www.denaihati.com
  4. www.benashaari.com
  5. www.hasrulhassan.com

Jom kongsi keputusan yang anda dapat pada ruangan komen.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Blog Terlalu Berat – Punca Kurang Pembaca

  1. https://www.broframestone.com – Size : 47.39kb | Load Time : 1.61 sec | Average Speed Per Kb : 0.03 sec

    http://www.mialiana.com – Size : 113.64kb | Load Time : 0.44 sec | Average Speed Per Kb : 0 sec

    http://www.denaihati.com – Size : 28.13kb | Load Time : 3.71 sec | Average Speed Per Kb : 0.13 sec

    http://www.benashaari.com – Size : 1029.88kb | Load Time : 2.29 sec | Average Speed Per Kb : 0 sec

    http://www.hasrulhassan.com – Size : 100.06kb | Load Time : 0.63 sec | Average Speed Per Kb : 0.01 sec

    http://www.rosmizaali.com – Size : 108.85kb | Load Time : 0.38 sec | Average Speed Per Kb : 0 sec

  2. Awal pagi timbang berat.. berat juga blog saya ni.. 143.16kb. Ini mesti kes makan lewat malam sblum tido ni..
    load time 1.11 & average speed 0.01… Thanks sharing Bro.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *