March 29, 2024

Bermalam di Toledo Inn, Pulau Samosir, Danau Toba

Toledo Inn, Samosir Island, Lake Toba
Malam pertama bermalam di Toledo Inn, Pulau Samosir sewaktu menghadiri majlis perasmian Festival Danau Toba 2014 baru-baru ini.

Perjalanan menaiki bot hampir sejam lebih ke Pulau Samosir yang betul-betul terletak di tengah-tengah tasik bekas tinggalan gunung berapi yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara dan terdalam di dunia.

Waktu tiba disana, agak lewat setelah seharian menempuh perjalan dari Bandar Medan ke sini.

Kepenatan terubat tak kala melihat panaorama matahari terbenam ditiup bayu tasik yang nyaman menaiki bot yang disediakan untuk ke pulau.

Toledo Inn, Pulau Samosir, Danau Toba

Ketibaan kami di sini disambut oleh pekerja dan membawa semua tetamu ke ruang makan.

Rupanya bukan kami sahaja yang ada disini. Ada beberapa kumpulan juga turut hadir. Jika tak salah Bro, meja sebelah kami juga datang dari Malaysia melalui gaya percakapan.

Selepas makan, terus ambil kunci dan pergi ke kamar sendiri yang terletak tidak beberapa hujung.

Toledo Inn, Samosir Island, Lake Toba

Tetapi agak jauh juga untuk berjalan, kemudian mendaki tangga yang agak curam (kena naik dan turun tangga) baru sampai ke bilik kamar Bro.

Korang boleh nampak tangganya dalam gambar diatas.

Malangnya itu bukan kamar Bro. Kena jalan sedikit kemudian naik tangga lagi, then jalan sedikit. Belok baru jumpa kamar tempat penginapan Bro waktu itu.

Jika luggage anda diangkat oleh perkerja mereka.

Rasanya elok korang hulur la sedikit tanda perhargaan. Sini bukan ada lift….

Kamar di Toledo Inn

Toledo Inn, Samosir Island, Lake Toba

Toledo Inn, Samosir Island, Lake Toba

Biliknya agak luas jika teringin nak main kejar-kejar dalam bilik dan agak kurang perabot didalamnya.

Paling menarik, aircond tidak disediakan he…23x

So memalam, elok pakai baju tebal sedikit kerana suhu disini agak sejuk dan dingin. Memang sepanjang malam, Bro berselimut sahaja.

WiFi juga tidak disediakan..

So sepanjang malam nak tunggu siang, tengok tv je la. Nak keluar jumpa rakan-rakan media yang lain, risau mereka juga penat. Lagipun keesokan harinya kami akan meneruskan perjalanan yang agak jauh juga.

Toledo Inn, Samosir Island, Lake Toba

Seawal 6 pagi matahari dah terbit.

Baru nampak bertapa menariknya tempat ini. Dapat juga mengambil beberapa gambar sebelum check out.

Rasanya jika ingin datang ke sini, perlu buat tempahan awal (takut penuh). Kalau boleh luangkan masa yang lebih lama disini menikmati keindahan Danau Toba sambil tenangkan fikiran.

Keindahan Dunia Hanya Sementara

Bro banyak habiskan masa lepak diluar kamar.

Kerusi disediakan.

Sebab view dari luar kamar Bro agak menarik. Paling penting jauh dari rakan-rakan media yang lain.

Toledo Inn Tuk Tuk

Bro tak pasti berapa harga bilik kamar yang Bro duduki (kes tak sempat nak tanya).

Toledo Inn Hotel Samosir, Jalan Tuk Tuk, Samosir, Sumatra

Phone +62 (625) 41429 Fax +62 (625) 451094

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Bermalam di Toledo Inn, Pulau Samosir, Danau Toba

    1. Kalau honeymoon, risau.. check in je esok la keluarnya…

      Tapi malangnya tak de makanan halal dihidangkan kecuali waktu breakfast ataupun dinner (itu pun kena tempah awal)

      Kalau x, kena jalan sikit ke pekan berdekatan

Leave a Reply to iqlima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *