You are here
Home > Iklan > Aku Nak Duit – Karmal

17,411,377 total views, 2,906 views today

Aku Nak Duit – Karmal

Showcase Karmal - Laundry Bar, The Curve
Aku nak duit, duit, aku nak duit.

Siapa tak nak duit kan. Lagu ‘Aku Nak Duit’ ini merupakan kolaborasi Karmal bersama Zizi & Frequensi NSSN ini merupakan single pertama yang dipetik dari album “Appreciate”.

Lagu ‘Aku Nak Duit’ ini mengisahkan tentang masalah realiti yang dihadapi oleh kebanyakkan orang terutamanya mereka yang tinggal di ibu kota di mana mereka sering berhadapan dengan krisis kewangan.

Mungkin masalah ini juga korang sedang atau pernah hadapi.

Bro?

Kalau bukan sebab lagu ini best, sure Bro tak promote dekat blog. Sejak dah kahwin dan ada anak ini, semua benda nak duit je. Susah bila tiada duit.

Muzik Video Aku Nak Duit – Karmal


Selain dari itu, muzik video untuk single terbaru Karmal yang bertajuk ‘Aku Nak Duit’ juga sudah berada di laman YouTube Warner Music Malaysia.

Muzik video ‘Aku Nak Duit’ turut menampilkan beberapa lagi artis di bawah naungan Mixology Music Malaysia yang di asas oleh DJ Fuzz seperti Juzzthin, Waris, Mark Adam, DJ Fuzz sendiri dan ramai lagi.

Lirik Lagu Aku Nak Duit – Karmal

Semalam beli makanan
Semua harga naik,
Kereta pun belum bayar
Confirm nak kena tarik,
Bil yang tertunggak pun belum habis settle lagi,
Nak buat macam mana, takkan aku nak lari,

Aku mana boleh mengalah, kenalah nak berusaha,
Kalau nak hidup senang
Kenalah rajin terus kerja,
Tapi aku stress, semua harga naik,
Tetapi pendapatan tak
Walaupun kau yang terbaik,

Duit keluar poket
Laju gila macam motor rempit,
Otak pun dah makin jadi sempit
Buat aku nak menjerit,

Aku nak dollar, aku nak ringgit,
Aku nak duit, aku nak duit,
Aku nak peso, tuk hari esok,
Aku nak duit, aku nak duit,
Aku nak duit, duit,
Aku nak duit

Semalam isi minyak,
Harga pun dah naik lagi,
Harini pergi kerja dah kena naik lrt,
Esok tambang pun naik
Dah nak kena jalan kaki,
Nak buat macam mana
Takkan aku nak lari,

Aku mana boleh mengalah,
Kenalah cuba berubah,
Barulah hidup senang dan tak mungkin jadi susah,
Tapi aku stress, semua harga naik,
Dan hutang pun dah naik, sebab nakkan yang terbaik,

Duit keluar poket, laju gila macam motor rempit,
Otak pun dah makin jadi sempit, buat aku nak menjerit,

Aku nak dollar, aku nak ringgit,
Aku nak duit, aku nak duit,
Aku nak peso, tuk hari esok,
Aku nak duit, aku nak duit,

Aku nak duit, duit,
Aku nak duit…

Duit keluar poket, laju gila macam motor rempit,
Otak pun dah makin jadi sempit, buat aku nak menjerit,

Aku nak dollar, aku nak ringgit,
Aku nak duit, aku nak duit,
Aku nak peso, tuk hari esok,
Aku nak duit, aku nak duit,
Aku nak duit, duit,
Aku nak duit…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Aku Nak Duit – Karmal

  1. sapa tak mau duit….walaupun bukan segala2nya

    ari ni minyak petrol naik harga … lepas ni ikan naik, sayur naik, teh tarik naik, kuih naik …. aduhhh memang duit perlu. Takder duit tak makanlah anak isteri, tak sekolah le anak2 dan seterusssnya

Leave a Reply

Top