April 25, 2024

Ajar Anak Jalan Bertatih di Taman Permainan

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman
Ini pertama kali bawa Baby Fisha ke taman berdekatan dengan rumah untuk ajar dia berjalan walaupun masih bertatih.

Nak bagi dia rasa pengalaman berjalan memijak tanah dan rumput sambil menikmati udara yang lebih segar. Tak de la asik terperap dekat rumah je, sesambil itu Daddy pun nak cuci mata dekat taman juga.

Hujung minggu, puan isteri balik kerja lewat sikit dari shif malam.

So alang-alang Baby Fisha dah bangun awal dan daddy pulak tak rasa nak duduk rumah pagi ini. So ajak Baby Fisha teman daddy ke taman.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Agak susah juga ajar dia jalan bertatih dekat luar.

Kalau dekat rumah, laju je dia berjalan. Setakat dari ruang tamu ke Dapur, siap patah balik macam tak de hal bagi dia.

Baby Fisha memang dah sebulan lebih boleh berjalan, tapi dia mesti akan berpaut dengan sesuatu.

Tak berani lepas tangan,

Tapi kadangkala dia jenis lupa diri. Main lepas juga, kemudian jatuh terduduk. Gelak-gelak pula dia macam xde pe2 yang berlaku.

Bulan ini, genap 4 bulan habiskan banyak masa dengan Baby Fisha.

Patut la Fisha lebih manja dengan Daddy dia berbanding dengan Ummi. Nak buat macam mana kan, Daddy je yang ada dekat rumah temankan Fisha. Ummi kena keluar pergi kerja.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Bila dah penat berjalan.

Daddy dukung Fisha dan biarkan dia sentuh-sentuh daun pokok.

Suka dia.

Harap akan datang, Baby Fisha lebih suka dekati kehijauan alam dan menjaganya. Jangan lupa jaga daddy dan ummi juga.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Sampai berpeluh-peluh dibuatnya.

Tengok Baby Fisha, relax je. Tak berpeluh pun he…23x

Disebabkan tak larat nak balik rumah. So duduk sekejab sambil tunggu ummi datang jemput dekat taman ini.

Sampai je rumah.

Baby Fisha manja2 kejab dengan Ummi kemudian, tidur….!!! Bajet penat sangat la tue. Ummi pun tidur juga, sebab kena kerja shif malam lagi hari ini.

Daddy pula?

Pergi basuh baju, basuh botol2 Fisha, masak untuk makan tengahari nanti. Just tunggu ummi bangun je, terus makan.

Lapar juga nie, tabah la wahai perut.

Jika pak menteri boleh ikat perut, Bro pun kena ikat perut juga. Kot2 dapat six packs macam zaman memuda dulu kan. Now Sepack je, siap membulat lagi tue. Nampak gaya kena buat aktiviti yang mampu membakar lemak pada perut selalu.

Tapi ada orang cakap, lelaki “berperut macam ini” tanda bahagia? Betul ke?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

33 thoughts on “Ajar Anak Jalan Bertatih di Taman Permainan

  1. hahahahaha ikat bawah perut dengan tali pinggang jer pak menteri tu… baby memang akan lebih rapat dengan orang yang banyak dengan dia tak kira mak @ ayah.. so fisha lebih rapat dengan ayah dia sebab ayah dia banyak masa dengan dia berbanding mak dia

  2. Sama la kita bro..kalau puan isteri kena oncall malam atau kena stayback, kena la jadi househusband..masak, jaga anak, basuh2 apa yang patut..
    Tak lama lagi jenuh berkejar la dengan baby Fisha bila dia dah laju jalan.. :-)

    1. He..23x rasanya bila dia laju jalan.. Malas nak kejar kalau dalam rumah…

      Hari ini dia dah buat perangai. Memanjat tangga naik ke tingkat atas… daddy dan ummi pun jarang naik tingkat atas tue..

      Selamat perasan dia naik. Bila nampak kita.. lagi dia naik tangga tue…

  3. SA tgh ikat perut…tp bukan sebab xde duit..cuma nak kurus skit..hahahaha…badan makin menembam..kang ada plak x muat baju perantin…ada plak roboh pelamin kan…

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *