17,159,552 total views, 118 views today

Ajar Anak Jalan Bertatih di Taman Permainan

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman
Ini pertama kali bawa Baby Fisha ke taman berdekatan dengan rumah untuk ajar dia berjalan walaupun masih bertatih.

Nak bagi dia rasa pengalaman berjalan memijak tanah dan rumput sambil menikmati udara yang lebih segar. Tak de la asik terperap dekat rumah je, sesambil itu Daddy pun nak cuci mata dekat taman juga.

Hujung minggu, puan isteri balik kerja lewat sikit dari shif malam.

So alang-alang Baby Fisha dah bangun awal dan daddy pulak tak rasa nak duduk rumah pagi ini. So ajak Baby Fisha teman daddy ke taman.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Agak susah juga ajar dia jalan bertatih dekat luar.

Kalau dekat rumah, laju je dia berjalan. Setakat dari ruang tamu ke Dapur, siap patah balik macam tak de hal bagi dia.

Baby Fisha memang dah sebulan lebih boleh berjalan, tapi dia mesti akan berpaut dengan sesuatu.

Tak berani lepas tangan,

Tapi kadangkala dia jenis lupa diri. Main lepas juga, kemudian jatuh terduduk. Gelak-gelak pula dia macam xde pe2 yang berlaku.

Bulan ini, genap 4 bulan habiskan banyak masa dengan Baby Fisha.

Patut la Fisha lebih manja dengan Daddy dia berbanding dengan Ummi. Nak buat macam mana kan, Daddy je yang ada dekat rumah temankan Fisha. Ummi kena keluar pergi kerja.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Bila dah penat berjalan.

Daddy dukung Fisha dan biarkan dia sentuh-sentuh daun pokok.

Suka dia.

Harap akan datang, Baby Fisha lebih suka dekati kehijauan alam dan menjaganya. Jangan lupa jaga daddy dan ummi juga.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Sampai berpeluh-peluh dibuatnya.

Tengok Baby Fisha, relax je. Tak berpeluh pun he…23x

Disebabkan tak larat nak balik rumah. So duduk sekejab sambil tunggu ummi datang jemput dekat taman ini.

Sampai je rumah.

Baby Fisha manja2 kejab dengan Ummi kemudian, tidur….!!! Bajet penat sangat la tue. Ummi pun tidur juga, sebab kena kerja shif malam lagi hari ini.

Daddy pula?

Pergi basuh baju, basuh botol2 Fisha, masak untuk makan tengahari nanti. Just tunggu ummi bangun je, terus makan.

Lapar juga nie, tabah la wahai perut.

Jika pak menteri boleh ikat perut, Bro pun kena ikat perut juga. Kot2 dapat six packs macam zaman memuda dulu kan. Now Sepack je, siap membulat lagi tue. Nampak gaya kena buat aktiviti yang mampu membakar lemak pada perut selalu.

Tapi ada orang cakap, lelaki “berperut macam ini” tanda bahagia? Betul ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 thoughts on “Ajar Anak Jalan Bertatih di Taman Permainan

  1. hahahahaha ikat bawah perut dengan tali pinggang jer pak menteri tu… baby memang akan lebih rapat dengan orang yang banyak dengan dia tak kira mak @ ayah.. so fisha lebih rapat dengan ayah dia sebab ayah dia banyak masa dengan dia berbanding mak dia

    1. He…23x kena jadi orang jawa la.. pakai tali pinggang yang besar tue… tercover sikit perutnya

  2. Sama la kita bro..kalau puan isteri kena oncall malam atau kena stayback, kena la jadi househusband..masak, jaga anak, basuh2 apa yang patut..
    Tak lama lagi jenuh berkejar la dengan baby Fisha bila dia dah laju jalan.. ๐Ÿ™‚

    1. He..23x rasanya bila dia laju jalan.. Malas nak kejar kalau dalam rumah…

      Hari ini dia dah buat perangai. Memanjat tangga naik ke tingkat atas… daddy dan ummi pun jarang naik tingkat atas tue..

      Selamat perasan dia naik. Bila nampak kita.. lagi dia naik tangga tue…

  3. memang bahagia ada perot mcm tu. kita senasib bro. hehe

    1. Gua perlu baiki perut ini. Kalau tak susah nak cari job dimasa akan datang…

  4. Naya kat perut laa kalu ikat perut .. Biarkan perut bebas utk membina kebahgiaannya sepanjang masa.. Hehe

    1. He…23x lelaki berpeut ini selalunya menjadi pujaan anak dara… betul ke bohong?

  5. gua pun baru balik dekat2 pukul 7 tadi..bawa anak bermain dekat taman permainan…

    1. Gua tak biasa bawa anak keluar petang2… pagi2 ok lagi

  6. Sekali pandang macam boy pula. Lepas ini lari laju-laju sikit biar papa berpeluh kejar. ๐Ÿ™‚

    1. Memang berpeluh pun.. Itu la pasal… nampak macam boy, itupun sebab daddy dia yang siapkan… Kalau ummi dia yang siapkan dia, nampak macam gurl2 la

  7. Rajin2 wat seat up pepagi lepas bangun tdo.. Bkn takat 6 pack, 8 pack, 10 pack.. Suka atila., haha!
    Rosmiza Ali Official Blogโ„ข

    1. He…23x tang tue memang tak rajin dah…

  8. comel ๐Ÿ™‚

    salam kenalan

    1. Nak berkenalan dengan siapa nie?

  9. comel nak dukung boleh heee…amboi jenjalan date sama papa yer ๐Ÿ˜‰

    1. Meh la dukung dia… Boleh daddy dia rehat sat

  10. rajin juga sebab mudah nak turunkan berat badan katanya heee…

    p/s:kalau ada peneman best berkali gand abuat sit upkan ๐Ÿ˜‰

    1. He..23x Bro lebih suka sensorang, leh cuci mata he…23x

  11. alolo..berusahalah baby fisha… ๐Ÿ™‚

    1. Fisha tak selesa berjalan kalau pakai kasut

  12. sokong kenyataan bro lelaki perut macam tu tanda bahagia…heee

    1. He..23x jom laga perut nak x?

  13. Comelnya dia hihii.. Bro, mcm kenal je tempat tu.. ๐Ÿ™‚

    1. Oh kenal ek? Port bro lepak pagi2 di hujung minggu tue

  14. ala-ala sweet nye..ank ida pun baru nak belajar berjalan ni. kakinya nye taknak gerak sendiri, orang pegang baru nk..hehehhe

    1. Fisha nie nak ada tempat berpaut je… xkisah la kerusi ke dinding ke.. Baru laju dia berjalan

  15. comey fisya… slumberrrkkkk je muka tu !

  16. Bagus bro…siapkan masak lg utk isteri tercinta…contoh yg baik ๐Ÿ™‚

  17. SA tgh ikat perut…tp bukan sebab xde duit..cuma nak kurus skit..hahahaha…badan makin menembam..kang ada plak x muat baju perantin…ada plak roboh pelamin kan…

    1. Ehem bunyi macam dah xlama dah.. Bila tue ek?

Leave a Comment