March 29, 2024

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Adik Beradik Air Dicincang Tidak Akan Putus
Kalau ikutkan, Bro dengan adik beradik memang kurang rapat sedikit.

Sejak duduk asrama masa tingkatan 1. Bro dah jarang balik rumah. Harap time raya je baru nampak. Begitu juga zaman Universiti dulu. Bila dah kahwin nie, lagi susah nak berkumpul adik beradik.

Biasalah, masing-masing ada kehidupan, kerjaya dan keluarga masing-masing.

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Bro masih disini, mempunyai keluarga sendiri. Duduk terperap dekat rumah, bersama anak perempuan yang bulan depan nak berumur setahun.

Bak kata isteri, tugas suri rumah macam sudah bertukar tangan je sekarang nie he..23x

Adik perempuan pula, selalu ikut suami oustation.

Cuma sekarang ini, jadi cikgu sementara dekat sikit dengan rumah. So boleh duduk dan tengok-tengok mak ayah Bro.

Adik lelaki lagi sorang itu, jenis kaki cari duit. Kemudian, habis duit dekat futsal, kereta Hilux dan benda-benda yang memenuhi bilik bujang dia.

Hujung tahun ini, nak bertunang kata dia. Alhamdulillah.

Tapi memang betul la, hujung minggu pun cari duit service aircond rumah orang. Belum lagi tiap2 bulan flight usha-usha kawasan kelolaan company yang dia kerja.

Adik Beradik Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas

Adik bongsu pula?

Baru sahaja konvo tempoh hari di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak.

Sekarang berkerja dengan salah satu company terbesar di Malaysia di Selatan tanah air (penghujung benua asia katanya). Rezeki dia sebab terikat dengan tajaan sewaktu belajar dulu.

Dia pun kata nak tamatkan zaman bujang juga dalam masa terdekat.

Nampak gaya semuanya kahwin muda, Bro juga kahwin agak lewat. Tapi xpe, still nampak muda (sebab sedut aura muda puan isteri he..23x)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Air Dicincang Tidak Akan Putus

  1. alhamdulillah semua berjaya dengan kehidupan masing2.. saya adik beradik ramai yang tak kawen lagi so hubungan still rapat even masa kecik2 memang macam anjing dengan kucing.. air di cincang memang takkan putus tapi kalau tak bayar bill memang terputus la bekalan air… kekekeke

  2. Wauuuu hebat blog baru bro sekarang…macam tenang disini…tahniah utk family bro..semua berjaya…bro ajar sikit tips cm ne nak jana wang duk kt rumah je…cita2 tinggi nak jadi Women at Home Bussiness hahahahhaa

  3. Adik beradik ni kalau gaduh pun kejap jer…hihihii.adik beradik sy 4 org jer semua pompuan.jadi tak perna rasa ada abg atau adik lelaki.bila tgk adik-beradik bro ni ada laki ada pompuan sti best kan…..

  4. Hubungan kekeluargaan tu mmg sgt penting. Semoga hubungan silaturrahim keluarga Bro terus akrab dgn sepenuh keberkatan hingga ke syurga… aamiin ya Rabbal alaamiin.

Leave a Reply to lekatlekit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *