April 18, 2024

Travel Blog : Renew Passport di Jabatan Imigresen Putrajaya

Renew Passport di Jabatan Imigresen Malaysia
Pengalaman pertama kali renew passport, kiranya renew permit sebagai travel blogger.

Sejak kahwin, passport dah jadi pekasam. Tak pernah digunakan.

Kalau bukan disebabkan dapat peluang untuk travel ke negara orang sepanjang penghujung tahun 2014, rasanya mesti tak renew-renew passport ini.



Ikut plan asal,

Nak keluar awal pagi untuk renew passport, tapi biasalah bila sudah berkahwin dan ada anak kecil, pasti delaynya agak keterlaluan.

Lokasi pertama Bro tuju adalah Jabatan Imigresen Kelana Jaya.

Tak ramai orang, tapi sewaktu ambil no giliran. Brader dekat kaunter itu bagitau, passport akan siap lagi 2 hari. (What the Hell..!! Ini kali kedua buat passport di Kelana Jaya, mesti delay 2 hari)

So brader itu suggest suruh pergi ke Jabatan Imigresen yang lain.

Renew Passport di Jabatan Imigresen Malaysia

Lepas survey-survey dekat facebook, ramai cadangkan buat dekat UTC Plaza Rakyat tetapi Bro pilih Putrajaya.

Sampai je Putrajaya (memang set waze ke Jabatan Imigresen Putrajaya)

Malangnya, untuk urusan passport perlu buat di lokasi lain. Yakni di Menara Ikhlas yang berada bersebelahan dengan bangunan Imigresen Putrajaya

Infomasi

Pembukaan Operasi Pejabat Pasport di Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya akan dibuka mulai 7 April 2014 (Isnin).

Cuma agak jauh dari tempat Bro parking kereta sementara.

Lepas ambil angka giliran (tengok lambat lagi baru sampai turn Bro) Bro terus pergi hantar puan isteri pergi kerja dekat Cheras sebelum datang kembali ke Putrajaya.

Sekali bila nak dekat-dekat dengan angka giliran Bro,

Boleh pula masuk waktu rest (pukul 1-2 tengahari untuk orang pergi lunch) So bro terpaksa menunggu lagi sejam sebelum mereka beroperasi kembali.

Renew Passport di Jabatan Imigresen Malaysia

Alhamdulillah,

Selesai juga urusan renew passport.

Bro ingatkan nak renew passport mereka akan gunakan gambar yang sedia ada dalam sistem (gambar waktu ini, Bro amat hensem. Pandai brader yang ambil gambar)

So dengan comotnya Bro pergi renew passport. Memang sememeh muka dalam passport yang baru ini.

Next week akan ke Medan, Indonesia buat kali ke 2 dibawah AirAsia (makan, minum, penginapan dan pengangkutan disponsor – alhamdulillah) Tapi kena tinggalkan anak isteri. Mungkin hujung tahun ini bawa mereka pula :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Travel Blog : Renew Passport di Jabatan Imigresen Putrajaya

    1. boleh bro.. bab gambar jangan risau… kita akan upload sendiri gambar tu ikut syarat dan saiz yang dah ditetapkan.. jadi kalau ada gambar lama dalam bentuk JPG, boleh lah guna… ekekeke…

    2. Kena uplaod juga la kiranya. Erm.. tetap xboleh ke guna gambar lama yang ada dalam sistem mereka.

      Hensem pe gambar tue he…23x

      Kalau nak gambar lain. Semuanya gambar selfie je la. Itu pun pakai kamera handphone je

  1. Assalamualaikum,

    Dulu pernah buat di Imigresen Putrajaya, hanya 2 jam sahaja. Mungkin sebab pergi pagi-pagi kot…

    kalau di Imegresen Kajang, ambil masa panjang sikit tetapi kena pergi awal untuk ambil nombor. Dah dapat nombor mereka akan bagi tahu jam berapa nombor kita akan naik. Jadi boleh pergi buat urusan lain dulu.

  2. so far tak pernah keluar negara so rasanya husna punya passport mmg tak pernah wujud lah kot kan.. hahaha..

    tahniah bro!! nnti share gambar kat sana ye.. nak tgk tmpat org..:)

    1. Tapi ramai juga yang tak sabar… Ambil no, bila nampak lambat lagi. Chow terus balik, tue yang tengok no makin banyak bezanya, tapi orang dalam tue tak seramai macam jumlah giliran yang ada

  3. sebut pasal passport ni.. teringat passport deno yang hilang.. deno lupa letak mana, yg jadi masalah plan nak g singapore bulan 12 ni… yang deno ingat passport dah expired akhir tahun lepas…

    soalan deno kat sini… bro rasa deno perlu buat apa, deno perlu pergi buat yg baru je la kan? hehe

    1. Yup pergi buat yang baru tapi kena report bgtau passport lama dah hilang. So mereka boleh cancelkan passport lama dan detail dalam itu… Takut ada orang lain gunakan je

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *