April 25, 2024

Terminate Maxis Broadband

Maxis Broadband WiFi

Sejak Modem Maxis Broadband Wifi rosak pada bulan 5 tempoh hari, baru berkesempatan untuk terminate perkhidmatan Maxis Broadband yang sedang Bro gunakan.

Sekurangnya-kurang dapat mengurangkan bil bulanan maxis yang sedia ada (broadband + 2 akaun telefon).

Tak susah pun procedure untuk terminate akaun.

Cuma pihak Maxis akan bertanyakan beberapa soalan berkenaan perkhidamtan mereka selama ini dan kenapa kita ingin terminate perkhidamtan mereka untuk dimasukan dalam report sebagai rujukan mereka kelak.

Bro bagi jawapan simple je :-

  1. Modem Broadband Wifi dah rosak
  2. Simkad Broadband cucuk dekat handphone dan dijadikan WiFi Hotspot untuk seisi rumah.
  3. Qoutanya sikit sangat untuk penggunaan seisi keluarga – 7GB siang + 21GB malam (kul 2-8 pagi : siapalah nak berjaga waktu itu. Orang bujang leh la)
  4. Coverage kurang memuaskan di sini. Asik down dan selalu sangat buat report tetapi masalah tetap berlaku.
  5. Sekarang guna streamyx, lebih stabil dan tak perlu fikir pasal qouta.

Buat masa sekarang,

Bro berkongsi line streamyx dengan jiran sebelah. Sebab dia jarang pakai internet dan Bro pula malas nak pasang streamyx dekat rumah ini.

Biasalah, ini rumah sewa. Bila-bila sahaja kami akan berpindah jika nak tukar angin ataupun dihalau keluar oleh tuan rumah (Tapi memang ada plan nak beli rumah ini jika owner nak jual).

Cuma risau kalau pindah rumah nanti, streamyx tak boleh nak transfer jika lokasi kediaman tiada Infrastruktur TM Streamyx.

Jadi satu kerja untuk terminate Akaun Streamyx bila akaun yang sedia ada tidak dapat ditransferkan ke kediaman baru.

Rumah sewa sebelum ini, memang ada Infrastruktur TM Streamyx, cuma tiada port kosong je. Kalau nak, kena tunggu orang lain terminate akaun.

What The Hell….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Terminate Maxis Broadband

    1. Bergantung pada lokasi juga sebenarnya. Tak semua tempat Streamyx ada. Jika ada pun, belum tentu semua pakej ada dalam coverage…

      Tak percaya..? Baca komen Aku Biomed

  1. Wireless broadband ini masalahnya liputan dan kuota. Bagi broadband fixed line bergantung pada port. Saya sekarang ini mengalami masalah Streamyx tidak stabil setelah upgrade 4Mbps.

  2. Untunglahh ada Streamyx.. Aku pulak nak kena tukar guna broadband.. Tak bestnya bila rumah takde infra TM.. Nak buat macam mana.. Terpaksa guna broadband balik.. Hurmm..

Leave a Reply to dayangdeno Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *