17,158,124 total views, 3,664 views today

Terminate Maxis Broadband

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Maxis Broadband WiFi

Sejak Modem Maxis Broadband Wifi rosak pada bulan 5 tempoh hari, baru berkesempatan untuk terminate perkhidmatan Maxis Broadband yang sedang Bro gunakan.

Sekurangnya-kurang dapat mengurangkan bil bulanan maxis yang sedia ada (broadband + 2 akaun telefon).

Tak susah pun procedure untuk terminate akaun.

Cuma pihak Maxis akan bertanyakan beberapa soalan berkenaan perkhidamtan mereka selama ini dan kenapa kita ingin terminate perkhidamtan mereka untuk dimasukan dalam report sebagai rujukan mereka kelak.

Bro bagi jawapan simple je :-

  1. Modem Broadband Wifi dah rosak
  2. Simkad Broadband cucuk dekat handphone dan dijadikan WiFi Hotspot untuk seisi rumah.
  3. Qoutanya sikit sangat untuk penggunaan seisi keluarga – 7GB siang + 21GB malam (kul 2-8 pagi : siapalah nak berjaga waktu itu. Orang bujang leh la)
  4. Coverage kurang memuaskan di sini. Asik down dan selalu sangat buat report tetapi masalah tetap berlaku.
  5. Sekarang guna streamyx, lebih stabil dan tak perlu fikir pasal qouta.

Buat masa sekarang,

Bro berkongsi line streamyx dengan jiran sebelah. Sebab dia jarang pakai internet dan Bro pula malas nak pasang streamyx dekat rumah ini.

Biasalah, ini rumah sewa. Bila-bila sahaja kami akan berpindah jika nak tukar angin ataupun dihalau keluar oleh tuan rumah (Tapi memang ada plan nak beli rumah ini jika owner nak jual).

Cuma risau kalau pindah rumah nanti, streamyx tak boleh nak transfer jika lokasi kediaman tiada Infrastruktur TM Streamyx.

Jadi satu kerja untuk terminate Akaun Streamyx bila akaun yang sedia ada tidak dapat ditransferkan ke kediaman baru.

Rumah sewa sebelum ini, memang ada Infrastruktur TM Streamyx, cuma tiada port kosong je. Kalau nak, kena tunggu orang lain terminate akaun.

What The Hell….!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Terminate Maxis Broadband

  1. Saya pun dah tak pakai Broadband sekarang ni… Pakai Streamyxlagi senang… Satu rumah boleh pakai internet…

    1. Bergantung pada lokasi juga sebenarnya. Tak semua tempat Streamyx ada. Jika ada pun, belum tentu semua pakej ada dalam coverage…

      Tak percaya..? Baca komen Aku Biomed

  2. Wireless broadband ini masalahnya liputan dan kuota. Bagi broadband fixed line bergantung pada port. Saya sekarang ini mengalami masalah Streamyx tidak stabil setelah upgrade 4Mbps.

    1. Kadangkala masalah macam nie biasa berlaku, try call dan buat report. Pasti mereka akan cabut dan tukar ke port baru…

  3. Untunglahh ada Streamyx.. Aku pulak nak kena tukar guna broadband.. Tak bestnya bila rumah takde infra TM.. Nak buat macam mana.. Terpaksa guna broadband balik.. Hurmm..

    1. He…23x Streamyx jiran punya. Kita kongsi je

  4. setuju. Quota sebagai satu maslah. Penggunaan modem seperti ini sering terputus ketika memuat turun.

    streamyx lebih stabil

    1. Tau xpe… Nak main game online pun terganggu

  5. saya sangat setuju,, permasalahan utama adalah kuota,,

    1. Begitu juga dengan isu perkahwinan.. Semuanya ada kaitan dengan kuota he..23x

  6. malam bagi quota lebih dari siang…ingat kita berjaga malam ke semata-mata nak online…adehhh…tu yang tak gemar tu..huhu

    1. Tau xpe… Ke kena start buat kerja malam2… siang? tidur je la

    2. rosak badan nanti kalau asyik tak tidur malam je..huhu

  7. Sini pun guna TM Streamyx jugak.. Guna broadband sangat menyeksa jiwa raga.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

  8. Salam jugak dah terminate modem maxis…..

  9. setuju mang quota tuh yg bikin masalah

Leave a Comment