March 29, 2024

Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

Bro Framestoen 25 Tahun Spritzer
Aku mula menulis blog sekitar tahun 2006 dan masih meneruskan sehingga kini. Dah macam jadi kerjaya pula sekarang ini.

Banyak perbezaannya dulu dan kini.

Dimana kini ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas hujan dek mengejar populariti, trafik, duit dan inginkan perhatian.

Dulu pun ada, cuma tak sama macam yang sekarang.

Ada yang cakap,

Aku ini blogger otai, popular, femes, boroi, bajet hensem etc (itu orang kata, dan aku selitkan sedikit apa yang aku kata)

Tapi aku sedar, dimana sebenarnya aku bermula…

Semestinya dari bawah.

Bertahun kot baru merasa berada dimana aku berada sekarang ini.

Dapat jemputan jumpa artis, dapat tengok movie percuma, dapat melancong percuma, dapat banyak barang percuma, dapat masuk tv, dapat masuk majalah, dapat projek berbayar dan terbaru, dapat jadi duta kempen.

Semuanya tak melalui syarikat-syarikat besar seperti Nuffnang etc.

Aku buat sendiri, buat PR sendiri, bina network sendiri, kadangkala syok sendiri bajet macam ramai orang kenal. Sedangkan aku hanya serangga, hidup dalam belantara la la la la (aku lupa lirik doh).

Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

Erm……!!!!

Susah nak cakap…

Bagaimana jika aku katakan aku sekarang mungkin seorang ahli politik. Mesti korang tak percayakan he…23x Ada aku kisah, Mungkin juga tercalon untuk jadi Menteri Besar (sekurang-kurangnya ada extra nama boleh disertakan sekali dengan nama YB Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor).

blogger otai malaysia

Sekitar tahun 2007-2008

Aku sendiri ditawarkan jawatan Setiausaha Sulit kepada beberapa orang ahli parlimen.

Terus terang aku katakan, aku tolak mentah-mentah bila fikirkan masa depan aku masih panjang lagi. Lebih-lebih lagi bila lihat apa yang terjadi pada salah seorang kenalan aku.

Walaupun aku sendiri tak tahu siapa benar dan siapa salah.

Siapa yang digunakan dan siapa yang dipersalahkan. Begitulah bila kita hidup dalam kancah politik yang ada surut naiknya.

Adakalanya kita diatas, adakalanya kita tiada dimana-mana. Habis madu, sepah jadi Sepahtu.

Alhamdulillah

Masih ada rakan-rakan seperjuangan yang masih berbakti kepada ahli politik mereka. Ada juga yang dah up level menjadi orang yang berpengaruh dalam politik (tak kisah parti mana sekali pun).

Tokey UniFi Blogger Shakiddo

Aku?

Alhamdulillah juga, masih ada orang-orang lama yang mengenali aku.

Walaupun pun kebanyakannya aku ambil langkah berkecuali. Setakat nak borak-borak perkena teh tarik, aku tiada hal. Support-support belakang pun, aku tak de hal. Asalkan jangan pergunakan aku sebagai batu loncatan je.

Buat masa sekarang, aku lebih selesa jadi blogger.

Tak menulis pasal politik, tetapi tulis perihal diri sendiri.

Sekurang-kurangnya, aku pong pang pong pang sekalipun semuanya berkaitan dengan aku, aib aku atau masuk bakul angkat sendiri. Berbanding dari jaja aib orang, jaja rahsia negara, jaja maruah sendiri untuk dapatkan sokongan.

Jika diberi keizinan, mungkin aku akan kembali dan mungkin tidak.

Sebab aku sendiri tahu tahap kemampuan yang aku ada, mungkin dah tak sama seperti dulu. Berat tanggungjawabnya yang perlu dipikul, apa-apa pun utamakan keluarga dulu.

Keluarga Bahagia Mohammad Nor Ismail Behrang Stesyen

Kalau ikutkan, aku tak perlu dedahkan semua ini.

Teringat lagi blog politik yang aku miliki tahun 2007-2008 dulu. Ramai yang datang komen dan banyak positive impact yang diterima. Ada yang ajak bersemuka, ada yang ajak perkena teh tarik dan ada yang masih berkawan sehingga kini.

Bagaimana pula dengan anda, sekiranya anda bukan blogger?

Jemput baca kisah rakan blogger sekiranya mereka bukan blogger :-

  1. Mohd Fairiz aka ReezLuv.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

49 thoughts on “Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

    1. Ada terbaca artikle, Sultan Selagor cakap kerusi Menteri Besar Selangor ini berhantu.

      Banyak benda tak baik terjadi dekat sesiapa yang pernah memilikinya.

    1. He…23x Ok pe blog syok sendiri dari buat blog untuk orang lain syok, tapi kita xrasa apa-apa… habis duit renew domain setiap tahun dan renew hosting tiap bulan…

  1. kalau tak, pangkal mungkin YB…heee. Eloklah tak tulis pasal politik, kena pro mana3 parti, banyak sangat kontrovesi. tahniah bri dah sampai tahap yg membanggakan sekarang.

    1. Dulu tahun 2007, ada sorang tue muka macam Bro.. memember pun ada yang cakap… Tapi bro dah lupa siapa nama dia…

      Erm tak pe kot… Now just backup rakan2 yang masih aktif je. Nak aktif balik, tunggu pintu hati terbuka balik…

Leave a Reply to Tunsha Ayunie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *