April 26, 2024

Shell FuelSave Challenge 2014 Makin Meriah

Shell FuelSave Challenge 2014 Johor
Shell FuelSave Challenge 2014 semakin meriah bila Gunasegaran Alageri telah dinobatkan sebagai juara Wilayah Selatan.

Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta dengan membuat persembahan bagi menunjukkan Petua Shell FuelSave Colin Chin, saintis bahan api Shell yang tersendiri.

Fahrin juga bersorak memberi galakan kepada para peserta dan berkongsi petua penting dengan mereka pada saat-saat terakhir sebelum permulaan cabaran tersebut.

Gunasegaran Alageri Juara Wilayah Selatan Shell FuelSave Challenge 2014

Gunasegaran Alageri turut membawa pulang hadiah tunai yang bernilai RM2,000 dan berpeluang mewakili Wilayah Selatan dalam Pusingan Akhir yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober.

Beliau telah menewaskan sembilan peserta lain dari wilayah Selatan dan mencatatkan 22.09 km bagi satu liter Shell FuelSave 95 sejauh laluan 95 km yang ditetapkan.

Kesemua peserta memandu Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.

Jadual Shell FuelSave Challenge 2014

Anda berpeluang menyertai Cabaran FuelSave FuelSave 2014 dengan menyertai tiga lagi cabaran wilayah yang diadakan di Kuantan, Penang dan Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014, anda boleh layari www.shell.com.my/fschallenge.

Anda boleh berkongsi mengenai pilihan pemanduan bijak anda di #ShellFSC.

Shell FuelSave 95

Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan untuk para peserta yang menyertai Cabaran Shell FuelSave.

Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dari segi pilihan yang lebih bijak untuk mempertingkatkan kecekapan minyak, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Shell FuelSave Challenge 2014 Makin Meriah

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *