You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Sere Nauli Hotel Laguboti, Toba Samosir, Indonesia

Sere Nauli Hotel Laguboti, Toba Samosir, Indonesia

Sere Nauli Hotel Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia
Sepanjang dijemput menjadi media sempena Lake Toba Festival 2014, kami menetap selama 3 hari 2 malam di Sere Nauli Hotel yang terletak di Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia.

Lokasinya terletak lebih kurang 6 jam perjalanan dari Bandar Medan dan 15 minit ke pekan Balige yang merupakan lokasi tumpuan pelancong jika datang ke Danau Toba.

Selesa menginap disini dan kebanyakan aktiviti selama 3 hari ini dilakukan berdekatan.

Sere Nauli Hotel Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia
Bro ditempatkan di Superior Room pada harga Rp 490,000 (lebih kurang dalam RM160) semalaman.

Terdapat 2 katil single,

Malangnya Bro yang tengah “single sekejab” ini duduk seorang sahaja di bilik.

Cuma sebelah malamnya, ada teman media yang menemani kerana ingin menumpang charge Hp, power bank dan juga laptop.

Ini kerana soket disini berbeza berbanding di Malaysia. Selamat Bro ada bawa plug yang sesuai digunakan dengan soket disini. Begitu juga dengan extantion untuk penggunaan maksimum.

Sere Nauli Hotel Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia
Ini merupakan pemandangan dari tingkap bilik yang Bro diami.

Cantik pemandangannya, dimana terdapat sawah padi, ladang jagung dan boleh nampak matahari terbenam.

Belum lagi ternampak orang mandi si swimming pool.

Sere Nauli Hotel Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia
Kami breakfast di Doria Restaurant di hotel ini.

Malangnya tak banyak pilihan yang anda, maka anda tidak hadapi masalah rambang mata dan pantas membuat keputusan (kalau tidak, anda pasti tidak tahu nak makan yang mana satu dulu)

Suasana breakfast disini agak selesa.

Sere Nauli Hotel Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia

Nampak menarik mejanya.

Sewaktu breakfast anda boleh nampak pemandangan dan panorama sawah padi dan juga ladang jagung (sekiranya anda duduk berdekatan dengan tingkap).

Kebanyakan harga bilik disini dalam Rp 450,000 – Rp 550,000. Kecuali Suite Room dalam harga Rp 750,000 (lebih kurang RM250)

Sere Nauli Hotel Laguboti

Jl. Sisingamangaraja No.1 Laguboti – Toba Samosir
Sumatera Utara – Indonesia

Tel – (0632) 331003 @ 331188
Fax – (0632) 3314878
Email – serenaulihotel@yahoo.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Sere Nauli Hotel Laguboti, Toba Samosir, Indonesia

Leave a Reply

Top