You are here
Home > Jalan Cari Makan > Restoran Simpang Tiga, Medan – Cita Rasa Minang dan Melayu

17,289,701 total views, 5,372 views today

Restoran Simpang Tiga, Medan – Cita Rasa Minang dan Melayu

Restoran Simpang Tiga Medan
Trip seminggu di Medan, Indonesia dimulakan dengan makan tengahari di Restoran Simpang Tiga atau lebih dikenali disini dengan nama panggilan Rumah Makan Simpang Tiga,

Jaraknya lebih kurang 1 jam setengah dari Bandar Medan untuk kesini sebelum meneruskan perjalan menuju ke Danau Toba, Indonesia.

Perjalanan hampir 4 jam ini. Elok rasanya kita stop makan disini sebelum sambung semula perjalanan.

Sekurang-kurangnya dalam perjalan, perut kenyang, hati senang, mata pun senang terlelap. Maka perjalanan selama 4 jam ini agak kurang terasa.

Restoran Simpang Tiga Medan
Hidangan masakan citarasa Minang dan Melayu menjadi pilihan.

Rambang mata bila dihidangkan dengan hidangan Nasi Padang yang merupakan favourite Bro.

Senorok menikmati Nasi Padang beramai-ramai sambil berborak. Kenikmatannya mula terasa bila peluh pada leher mengalir.

Boleh bayangkan betapa nikmatnya Bro menikmati hidangan yang disediakan disini.

Restoran Simpang Tiga Medan

Kemana sahaja, nasi putih tetap menjadi pilihan.

Boleh dikatakan banyak juadah yang disediakan disini merupakan masakan melayu dan juga minang. Bagi mereka yang berasal dari Malaysia, rasanya tiada masalah untuk menikmati hidangan ini.

Tempat makan diluarnya lebih selesa dimana anda boleh duduk bersila atas lantai atau lunjurkan kaki dibawah meja.

Restoran Simpang Tiga Medan

Bagi mereka yang ingin singgah ke sini,anda boleh merujuk pada alamat dan detail dibawah ini

Restoran @ Rumah Makan Simpang Tiga

Jl. Perintis Kemerdekaan No. 17,
Simpang Pantai Cermin, Perbaungan
Kab. Serdang Bedagai

Tel – (061) 799 1629
Fax – (061) 799 1630

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Restoran Simpang Tiga, Medan – Cita Rasa Minang dan Melayu

Leave a Reply

Top