You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Pesanan Buat Bekas Kekasih

17,654,605 total views, 1,685 views today

Pesanan Buat Bekas Kekasih

Family - Couple Tshirt
Tertarik pula bila ramai yang join cabaran 30 hari anjuran kelab Ben Ashaari.

Kalau nak buat semua, memang tak larat la. Banyak entry yang tertungak lagi belum diselesaikan. Tak buat, xde pula duit yang masuk nanti. So buat mana yang berkenan je.

Pesanan buat bekas kekasih.

Bekas skandal pun boleh jika rasa pernah merasa diri itu pernah dilayan seperti seorang kekasih.

  1. Maaf jika saya tidak pernah tunaikan janji saya
  2. Maaf jika saya tak mampu jadi yang terbaik
  3. Maaf jika saya tidak memilih awak (ke awak yang tak memilih saya)
  4. Maaf jika saya tiada bila awak perlukan saya (ke awak yang tiada bila saya perlukan)
  5. Maaf jika saya kahwin tak ajak (ke awak memang tak nak datang)
  6. Maaf jika awak kahwin saya tak datang (takut spoilkan mode bahagian awak)
  7. Maaf jika awak jadi tempat persinggahan (lalu highway pun kena juga stop dekat RnR dan rehat sebelum sambung perjalanan)
  8. Maaf jika awak rasa ini bukan pesanan sebab semuanya saya dok asik mintak maaf je.

He…23x

Ok ini baru betul-betul pesanan buat bekas kekasih :-

  1. Saya masih ingat pada awak semua. Kalau lupa itu, mungkin ada sebab kenapa saya perlu lupakan.
  2. Hidup hanya sekali. Jika awak kembali, mungkin awak sesuai jadi kawan dari jadi musuh saya. Saya tak nak hidup ada banyak musuh.
  3. Cari dan cipta kebahagiaan awak sendiri tanpa saya. Jika tak boleh, jangan lupa cari saya. Kekosongan masih ada he..23x
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Pesanan Buat Bekas Kekasih

  1. buang yg keruh, ambil yg jernih… hidup hanya sekali, xperlu bermusuhan, berdendam atau bermasam muka. maafkan & teruskan hidup dengan mereka yg sentiasa di sisi… 🙂

Leave a Reply

Top