17,162,695 total views, 3,261 views today

Pelancaran Album Dan Showcase Karmal di Laundry Bar, The Curve

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Showcase Karmal - Laundry Bar, The Curve
Warner Music Malaysia dan Mixology Music telah melancarkan album sulung Karmal yang bertajuk “Appreciate” hari ini.

Maka, mereka dengan berbesar hatinya ingin menjemput anda semua hadir menyaksikan showcase Karmal yang akan diadakan di Laundry Bar, The Curve pada pukul 8 malam ini. Masuk adalah PERCUMA (dengan erti kata lain FREE).

Jika anda berada berdekatan,

Sila-sila la singgah.

Dapatkan album “Appreciate” daripada Karmal dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik pada malam ini.

Karmal sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hip ini menggunakan bakat dan kelebihan dirinya dalam menulis lirik lagu yang turut dibantu oleh beberapa artis hebat seperti Dj Fuzz, Altimet, Achap Salammusik dan ramai lagi.

Album ini dikarang sendiri oleh Karmal bersama DJ Fuzz, Sonaone dan Aziquebeats.

Kehebatan Karmal terbukti apabila single “Party Sampai Pagi” atau lebih dikenali sebagai PSP mendapat sambutan hangat terutama peminat hip-hop remaja

Showcase Karmal - Laundry Bar, The Curve
Meh Bro belanja selfie sekeping dengan beliau.

Menurut Karmal,

Album ini mempunyai nilai sentimental buat diri beliau, kerana ianya didedikasikan khas buat arwah neneknya yang banyak membantu Karmal bukan sahaja dalam muzik tetapi dalam kehidupannya juga.

Pada tahun 2011, Karmal telah melancarkan EP pertamanya yang berjudul Bangkit dan mendapat pencalonan dari JUICE untuk Best Local Act 2011.

Anda bileg ikuti laman sosial beliau – twitter/instagram/youtube : itskarmal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Pelancaran Album Dan Showcase Karmal di Laundry Bar, The Curve

    1. Eh, kena ajak ke? Balik kerja kan lambat huhuhu

  1. kali pertama aku dengar nama karmal nih.

    haha..

    nampak sangat noob bab artis.

    1. Tak pe, tak masuk exam pun…

  2. Macma mana deno bleh tak tahu? kalau x bleh jumpa bro kat the curve.. dekat je…

    1. Kena selalu baca blog & facebook Bro la he…23x

  3. Dia ni juga nyanyi lagu “Bola Sampai Pagi”. semuga sukses buat beliau.

    1. Oh tahu ek pasal lagi remix Bola Sampai Pagi… Advance..!!!!

  4. lama xlawat blog ni…

    xsangka bro layan hiphop… yeah

Leave a Comment