March 29, 2024

Pecah Kepala di Code Factory Jaya Shopping Centre

Code Factory - Jaya Shopping Centre
Kalau ikutkan, otak dah tahap tepu bila dah berbulan-bulan tidak digunakan sebaik mungkin.

Tiba-tiba, ada yang ajak sertai aktiviti yang mencabar otak dan minda di Code Factory yang terletak di Jaya Shopping Centre.

Apa ke bendanya Code Factory ini?

Code Factory Jaya Shopping Centre

Tak kan la dia nak ajak gua hack aka pecah kod keselamtan ATM sama macam kes mesin ATM kena hack di Johor baru-baru ini.

Gua dah lama cuci tangan benda-benda macam ini he…23x

Oh bukan Namee Roslan yang ajak Bro main benda-benda macam ini. Tapi kawan dia yang ajak.

Takat nak pecah kepala, ok je, kalau ada yang sudi belanja. Dah lama tak peningkan kepala dengan benda-benda yang mencabar.

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Ini group Bro – Stylo Mylo (jangan tanya macam mana dapat nama ini)

Terdapat 4 bilik untuk anda cuba di Code Factory. Setiap bilik mempunyai cabaran yang berbeza, begitu juga dengan situasi yang berbeza.

Matlamatnya?

Kena selesaikan segala bala misteri, kod dan teka-teki yang berada didalam bilik tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

50 minit je, kalau tidak……!!!

Tak best la, nak best, kena la perah kepala otak ini berfikir dan selesaikan semua misi dalam tempoh masa ditetapkan. Lagi cepat lagi bagus. Kerjasama dalam kumpulan itu perlu.

Bilik yang kami pilih – Operation 174.

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Antara bilik lain yang turut disediakan untuk anda rasai tekanan jiwa dan perasaan memerah kepala otak :-

  1. LOST
  2. Classroom Murder
  3. Operation 174
  4. Burn Out

Dengar cerita ada pemain yang terjerit-jerit bila sewaktu bermain dalam salah satu bilik yang disediakan. Tak tanya pula bilik yang mana satu.

Rasanya korang sendiri boleh teka kot He…23x

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Gambar bersama Barry – Orang kuat Code Factory.

Dia cakap, team Bro bagus. Masing-masing macam tahu peranan dan pandai selesaikan misi-misi yang diberi.

Sedangkan…

20 minit permainan. Bro masih blur-blur lagi. Susah nak pastikan sel-sel otak berhubung setelah berbulan-bulan tidak digunakan sebaik mungkin.

Code Factory - Jaya Shopping Centre

Code Factory – Jaya Shopping Centre

Bagaimana pula dengan harganya?

Isnin – Jumaat (pukul 10 pagi – 5 petang) – RM32
Isnin – Jumaat (pukul 5 petang – 10 malam) – RM36
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (pukul 10 pagi – 10 malam) – RM36

Harga untuk seorang pemain/satu bilik (permainan)

Seeloknya, datang berkumpulan (6 orang satu kumpulan pun dah kira ok). Kerjasama perlu ada untuk selesaikan, jangan lupa ada yang bergaduh siap tak bertegur sapa selepas habis permainan.

Code Factory Jaya Shopping Centre
Tengok muka kami semua,

Nampak happykan. Hilang stress kejab selesaikan 2 bilik di Code Factory. Lagi 2 bilik, next time. Korang ada bran?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Pecah Kepala di Code Factory Jaya Shopping Centre

    1. Keputusannya.. Berjaya juga keluar dari bilik itu… Tiada pintu atau kepala yang pecah.

      Terus otak berfungsi dengan baik dan darah mengalir dengan sempurna membawa oksigen ke otak la la la

  1. Waaa menariknyaaa…cuti sekolah esok bole la ke KL nak mencuba, tp nak kena cari team yg otak berkembang ni, jgn cari yang perut buncit, susah nanti…hahahahahaah

    Ada tetapan umur tak bole masuk?

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *