Sejak kebelakangan ini, dapat menikmati masa berkualiti dengan keluarga bila hujung minggu bersama-sama penuhi jemputan raja sehari.
Puan isteri pula ada kelapangan pada hujung minggu. Kalau idak, kerja je.
Selamat baby fisha tak banyak buat perangai bila hadiri majlis-majlis macam ini. Kalau tidak kena pulang awal dan tak sempat nak beramah mesra dengan pengantin.
Dengan erti kata lain,
Tiap-tiap minggu la Baby Fisha dok makan nasi minyak. Seronok dia bila dapat pergi ke majlis kenduri kahwin.
Dah kenyang perut, masuk kereta tidur….
Erm…!!! Sebenarnya Bro dalam dilema. Sama ada nak turuskan hidup macam ini atau terima tawaran pekerjaan yang sedia menanti orang seperti Bro.
Untuk permulaan, gaji tidak la sebanyak macam yang Bro terima sekarang.
Tapi sekurang-kurangnya terjamin sikit, terutama untuk menjamin tempat berteduh, terjamin rezeki halal yang nak disuap pada anak isteri dan untuk perancangan masa hadapan.
Ada juga yang ditawarkan lebih tinggi.
Cuma masa berkualiti bersama keluarga mungkin tiada (zaman bujang boleh la). Sabtu Ahad belum tentu Bro ada masa dengan keluarga. Isnin – Jumaat belum tentu pulang awal, mungkin tengah malam ataupun selalu outstation.
Bukan kerja dalam pejabat.
Mungkin kebanyakan masa Bro akan habiskan dalam kereta atau kapal terbang.
Dengan pakej penyakit yang sedia ada dan yang bakal menanti giliran ini, Bro rasa ada baiknya jika Bro banyak habiskan masa dengan keluarga.
Dah hampir 3 bulan, Bro buat kerja di rumah. Sambil buat kerja boleh jaga baby Fisha.
Selamat la Baby Fisha nie manjanya lebih dengan daddy dia berbanding dengan ummi dia. Belum plan nak tambah lagi (sama ada adik fisha ataupun ummi tiri dia he..23x)
Saya lepas kerja akan tinggalkan segala-segala berkaitan urusan pejabat. Balik rumah hanya untuk keluarga sahaja.
Itu la… tapi ramai yang balik rumah sekali dengan kerja…
Untung la baby fisha tiap2 minggu boleh makan nasi minyak.
He…23x minggu nie dia g makan lagi…
Statement yang last sekali tu pedas juga bunyinya… hehehe
Tak de la pedas… biasa2 je…
kalau saya waktu kerja tu…habis time office hour la…balik rumah memang masa untuk bersama family je..
Eh hang duduk dengan family ke?
Amboi yg last sekali tu..dah ada ke haha…:D
Kenapa tanya? Biarlah rahsia…
Bro dah buat keputusan yang terbaik sbg ketua keluarga utk kebahagian keluarga. Sekurang2nya, dapat melihat anak membesar depan mata. bukan takat tengok, tapi tangan dan tubuh tu sendiri yg jadi saksi sikecil tu beraksi. Biar tak mewah, janji kita cukup dengansegala keperluan yg diperlukan.
Teruskan kebahagian itu…
ya.
keluarga lagi penting.
cerita mmg gempak…..tapi last sekali ayat nak bagi baby fisha ibu tiri tu tak bole belah….haha….
Untung la bro dapat isteri yang memahami situasi jangan kawin lain bro sian bini..
Tak nak la kahwin lain, nak kahwin lagi je he…23x
In Sha Allah. Niat dahulu kerana ALLAH nak jaga anak-anak supaya dapat dididik dengan sempurna oleh kita.
Keluarga lagi penting dari segalanya, mcm kawan cn, hubby dia keje kapal, jumpa anak 4 bulan sekali, mmg kesian..even gaji beso tapi nothing without family..rezeki ada di mana2 ;)
Masa yang berkualiti dengan family adalah sangat penting.. Kalau kerja gaji tinggi melangit tapi takde masa untuk keluarga pun tak guna..
Rosmiza Ali Official Blog™
kalau saya, saya pilih masa bersama keluarga..kalau duit banyak tapi takde masa berkualiti dengan keluarga pun tak best jugak..
Tambah ibu tiri..he..he..he…family 1st..
Keluarga lah yang paling utama ;)