17,148,875 total views, 179 views today

Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Majalah Libur - Lata Berembun
Muka Bro pernah terpapar dalam Majalah Libur edisi November 2012.

Cerita berkenaan dengan pengalaman kami (kembara media) ke Lata Berembun, Pahang satu ketika dulu. Memang pengalaman yang menarik bagi Bro bila pertama kali berpeluang menjejaki lokasi menarik yang tersembunyi jauh dari hiruk piruk bandaraya.

Jika di ikutkan masih banyak lokasi menarik di Malaysia yang kita tidak tahu.

Kadangkala orang tempatan juga tidak mengetahui kewujudannya. Jika hanya harapkan sumber dari internet, mungkin agak kurang maklumat mengenai lokasi yang anda sendiri tidak mengetahuinya.

Jika tidak tahu, bagaimana anda ingin Google tempat tersebut kan?

Majalah Libur mampu memberi jawapan kepada persoalan yang bermain di minda anda. Kebanyakan artikle didalamnya bukan sahaja merangkumi lokasi perlancongan dalam Malaysia bahkan dari luar negara juga.

Paling ketara,

Kebanyakkan artiklenya dikongsikan oleh mereka yang pernah menjejak kaki ke sana. Ianya datang sendiri dari pengalaman mereka sewaku berada disana. Ia juga dikongsikan oleh orang kebanyakan dan bukannya fokus pada satu golongan sahaja – contoh : backpacker & Travel blogger.

Disamping itu, terdapat beberapa tip dan informasi dikongsikan untuk mereka yang ingin melancong dan mengembara.

Memang Majalah Libur sesuatu yang amat padat sebagai rujukan perlancongan anda dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Buat pengetahuan anda,

Terdapat satu contest dimana anda berpeluang untuk menyertai Majalah LIBUR Trip To Medan : Lake Toba Festival 2014 pada 15 September 2014 – 19 September 2014 dan akan muncul dalam Majalah LIBUR Edisi Disember 2014.

Peraduan bermula Rabu, Jam 11.00 Malam, 03 September 2014 dan TAMAT pada Ahad, 12.00 Tengahari, 07 September 2014. Info lanjut di http://www.mrjocko.com/2014/09/peraduan-kenapa-saya-perlu-baca-majalah.html

Peraduan ini adalah anjuran bersama Blooggers Media dan Majalah LIBUR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur

  1. seronok ni. lepas ni bolehlah beli magazine ni plak…seronok tengok gambar cantik2 macam terasa kita pun ada kat sana…huhu

    1. Beli jangan tak beli.. Tapi perlu baca juga, jangan tengok gambar je he..23x

  2. Tentu seronok dapat merasai pengalaman menjejakkan kaki ke tempat2 adventure macam ni.. siap dapat masuk majalah lagi..

    1. Tak bajet pun masuk majalah.. Tapi ini semua pengalaman dan ianya perlu dikongsikan…

  3. macam tak percaya tengok bro terlibat dengan aktiviti lasak sebegini. hee…

    1. Amboi Deq Noor.. Jom plan aktiviti lasak nak x? Pakai baju sekolah la la la

  4. Baca majalah yang artikelnya dikongsi oleh mereka yang pernah melalui pengalaman mereka sendiri berkenaan sesuatu perkara memang sesuatu yang menarik..
    Terbaiklah majalah Libur..

    1. Harap akan datang ada artikel yang mampu Bro sumbangkan dalam majalah ini

  5. selalu juga ternampak magazine ni kalau masuk 7E…tapi tak tergerak hati nak beli…lepas ni boleh la start beli…saya pun teringin nak travel sana sini…kat Malaysia ni pun belum habis jelajah lagi bro..hee

    1. Bro dekat Malaysia pun banyak tempat tak pergi lagi tau

Leave a Comment