Senarai Hitam Peminjam PTPTN
Ramai yang teruja bila dapat bercuti ke luar negara, tak kisah sama ada atas urusan kerja (teruja ke pergi oversea buat kerja je), honeymoon, memang hadiah percutian ataupun dapat tiket murah dari AirAsia.

Tetapi bila sebut pasal PTPTN, ramai terkedu bila risau nama mereka disenarai hitam dan menyebabkan mereka hadapi masalah di pihak imigresen sewaktu ingin berlepas ke luar negara.

Benda macam ini, jangan dibuat memain ek kenkawan.

Pada penghujung tahun 2013,

Seramai lebih kurang 132,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berada dalam senarai hitam pihak imegresen Malaysia.

Dan jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.

Anda boleh semak status anda di http://sspi2.imi.gov.my sama ada anda disenarai hitam atau tidak.

Semakan Status Perjalanan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia

Terima kasih kepada rakan blogger Iena Wahab yang sudi berkongsi info seperti ini.

Selain masalah dengan PTPTN,

Terdapat juga beberapa masalah yang boleh menyebabkan perancangan anda ke luar negara terganggu.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Denaihati di blog beliau. Pastikan segala dokumen perjalanan anda lengkap dan passport anda belum tamat tempoh.

Jangan lupa renew passport anda sekiranya tinggal lagi 6 bulan ianya akan mati.

Takut mendatangkan masalah kepada anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan teringin nak ambil kesempatan kepada anda, seperti yang dinyatakan oleh Saudara Denaihati.