17,151,958 total views, 3,262 views today

Imigresen Malaysia – Semak Senarai Hitam Peminjam PTPTN

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Senarai Hitam Peminjam PTPTN
Ramai yang teruja bila dapat bercuti ke luar negara, tak kisah sama ada atas urusan kerja (teruja ke pergi oversea buat kerja je), honeymoon, memang hadiah percutian ataupun dapat tiket murah dari AirAsia.

Tetapi bila sebut pasal PTPTN, ramai terkedu bila risau nama mereka disenarai hitam dan menyebabkan mereka hadapi masalah di pihak imigresen sewaktu ingin berlepas ke luar negara.

Benda macam ini, jangan dibuat memain ek kenkawan.

Pada penghujung tahun 2013,

Seramai lebih kurang 132,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berada dalam senarai hitam pihak imegresen Malaysia.

Dan jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.

Anda boleh semak status anda di http://sspi2.imi.gov.my sama ada anda disenarai hitam atau tidak.

Semakan Status Perjalanan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia

Terima kasih kepada rakan blogger Iena Wahab yang sudi berkongsi info seperti ini.

Selain masalah dengan PTPTN,

Terdapat juga beberapa masalah yang boleh menyebabkan perancangan anda ke luar negara terganggu.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Denaihati di blog beliau. Pastikan segala dokumen perjalanan anda lengkap dan passport anda belum tamat tempoh.

Jangan lupa renew passport anda sekiranya tinggal lagi 6 bulan ianya akan mati.

Takut mendatangkan masalah kepada anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan teringin nak ambil kesempatan kepada anda, seperti yang dinyatakan oleh Saudara Denaihati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Imigresen Malaysia – Semak Senarai Hitam Peminjam PTPTN

  1. sama2 bro 🙂
    mekasih gak kasi traffic blog kite naek (^_~)

  2. Naek la siket dr bese
    Haha kite blogger picisan je
    Traffic tak bnyk haha

  3. Lega sudah lama langsai hutang pinjaman MARA.

  4. tiba2 aku jadi takut nak check bro..hahaha

  5. Alhamdulillah, bebas dr berhutang..

  6. hehehe husna punya masih belum berkurang lg..
    inshaAllah slow2 kita settle.. tak best pon hidup dalam berhutang ni kan bro..:)

  7. Aku tiada halangan. yeahh..

  8. Alhamdulillah, buat masa ini belajar under MARA. MARA tanggung. Dulu hampir2 juga nak mohon ptptn. Tp lepas tahu ada kolej profesional mara (kpm), terus buat rayuan masuk sana

  9. Hmm kisah Arif Shah tu boleh dijadikan ikhtibar. Hmm gua dah check … gua lepas utk gi merata dunia …. tapi belum ada kesempatan. Bila lu nak ajak gua travel luar negara ni bro? Gua teringin nak lepak hotel atas pokok yang kat indon tu.

  10. Ketaq tangan nak semak.. Alhamdulillah, ‘TIADA HALANGAN’.. Aduh, bila lah nak abis bayar pinjaman PTPTN nih.. -_-#
    Rosmiza Ali Official Blog™

  11. mujurlah saya takde pinjaman dengan PTPTN ni…hee

  12. Alhamdulillah dah cek.hehe..
    setakat ni boleh lagi..hehe
    maintain byr rm50 je sebulan.

Leave a Comment